Wall’s sumbang topi keledar kepada penghantar makanan

Wall’s sumbang topi keledar kepada penghantar makanan

Wall’s Malaysia dengan kerjasama GrabFood menyasarkan kutipan dan pembelian topi keledar dengan jumlah keseluruhan bernilai RM100,000 menerusi kempen “Wall’s Bersama Riders”.

Pengarah Pemasaran Kategori Makanan & Minuman Unilever Malaysia, Shiv Sahgal berkata, kempen tersebut merupakan usaha pihaknya menyebarkan kebaikan dan memastikan keselamatan para penghantar makanan semasa melakukan penghantaran.

“Sebagai salah satu jenama yang paling digemari di dunia, tiada cara lebih baik untuk ‘Menikmati Kegembiraan Bersama’ selain daripada membantu mereka yang mengharungi kesukaran demi mengukir senyuman di wajah kita.

“Kali ini, kami mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menghidupkan semangat kemasyarakatan di samping menjaga keselamatan penunggang penghantar makanan Grab,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, rakyat Malaysia boleh menyertai kempen tersebut dengan setiap pembelian aiskrim Wall’s bernilai RM30 ke atas dari GrabFood dan RM5 akan disalurkan ke dana diperlukan untuk membeli topi keledar berkenaan.

Sementara itu, pelanggan juga berpeluang menerima baucar aiskrim bernilai RM50 daripada Wall’s Malaysia apabila berkongsi kenangan gambar bersama penghantar makanan Grab di Instagram.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman rasmi Instagram Wall’s Malaysia di Malaysia di https://www.instagram.com/wallsmalaysia/ atau Facebook di https://www.facebook.com/wallsmalaysia.

Wall’s sumbang topi keledar kepada penghantar makanan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pesawat Kargo Alami Masalah Enjin Buat Pendaratan Cemas Di Perairan Hawaii

Kebakaran Besar ‘Mata Api’ di Perairan Teluk Mexico [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker