Burger King bersama sos coklat sedang hit

Burger King bersama sos coklat sedang hit

Dihidang Bersama Sos Coklat, Dua Menu Istimewa Burger King Ini Sedang ‘Hit’ Di Malaysia

Burger King telah memperkenalkan dua menu baharu iaitu Chocolate Melt Beefacon dan Chocolate Melt Chick’N Crisp pada Jumaat yang lalu. Bagi peminat Burger King dan coklat, ini pastinya menu yang anda tidak mahu terlepas untuk dicuba.



Dua burger pilihan ramai Beefacon dan Chick’N Crisp dihidangkan bersama cairan coklat yang akan membuatkan anda seperti makan waffle. Difahamkan, burger edisi terhad ini sudah mula terjual di kesemua cawangan Burger King di Malaysia.

Menjengah ke sosial media, rata-rata netizen yang sudah mencubanya memberikan reaksi positif dan mengatakan gabungan rasa burger dan cairan coklat ini tidak muak.

Malah, ramai yang mengesyorkan agar penggemar coklat akan mencuba menu istimewa ini. Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa menu ini sedap walaupun pada mulanya berasa pelik.

Malah, ramai juga yang sepertinya tidak sabar mahu mencuba menu ini. Tunggu apa lagi? Dapatkan segera dua menu istimewa ini kerana ia tersedia dalam tempoh terhad sahaja. Vc



Burger King bersama sos coklat sedang hit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PKPD untuk siapa sebenarnya? – Che Ta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker