Dulu Penakut Tapi Telatah 3 Anjing Beliau Hilangkan Rasa Penat Anak Tauke Getah Bekerja [VIDEO]



Dulu Penakut Tapi Telatah 3 Anjing Beliau Hilangkan Rasa Penat Anak Tauke Getah Bekerja [VIDEO]

VIDEO seekor anjing berwarna hitam berusaha sedaya upaya mengejar kenderaan tuannya yang sedang memecut laju baru baru ini ternyata menyentuh perasaan netizen.

Setakat ini video perkongsian Lily Nur Elliyana Mohamad, 19 telah mendapat hampir satu juta tontonan dengan 132,000 tanda suka.

Bercakap kepada mStar, Lily berkata anjing tersebut yang diberi nama Jojo merupakan anjing belaan keluarga mereka.

Selain Jojo, Lily berkata mereka mempunyai dua lagi anjing iaitu Ciko dan Bingo yang dibela bagi tujuan menjaga kebun getah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan daripada haiwan perosak seperti kera dan beruk




“Kami memang bela untuk jaga kebun getah yang baru ditanam, ketiga-tiganya memang akan escort kami kemana-mana selagi boleh ikut.

“Cumanya yang dalam video viral tu, Jojo nak ikut kami tapi kami tak bagi sebab nak pergi kilang getah tu jauh.

“Jadi kami bawa kereta laju, kalau dah tertinggal jauh Jojo akan patah balik, tapi selagi dia nampak bayang kereta selagi tu dia akan ikut, ” katanya.

Menurut Lily walaupun sedar anjingnya itu selamat, melihat keletah haiwan kesayangannya itu tetap menimbulkan perasaan hiba dihatinya.

‘Memang sedih dan kesian tengok dia lari macam tu, tapi memang naluri anjing dia akan ikut ke mana tuannya pergi, ”katanya

Namun kata Lily dia akan membenarkan haiwan peliharaan mereka mengekori kenderaan sekiranya kawasan yang mereka pergi berdekatan.

VIDEO DIBAWAH:-

“Mereka ni tinggal dekat pondok yang kami sediakan di kebun getah. Kalau katakan kami nak pegi ambil getah tu kami benarkan mereka ikut sekali sebab jaraknya cuma sekitar dua kilometer.

“Cuma kalau nak mereka ikut kena bawak kereta slow, ” katanya.




Menurut Lily, ketiga-tiga haiwan peliharaannya ini dibela mereka sekeluarga sejak kecil lagi.

“Mula-mula kami ambil Bingo dulu, kemudian Jojo dan Ciko, semuanya kami beli di perkampungan Orang Asli, ” katanya.

Menurut Lily, selain melindungi mereka dan kebun, telatah anjing-anjing jantan ini turut menghiburkan hati terutama setelah seharian penat bekerja.

“Perangai mereka ni memang mencuit hati, manja dan cerdik

“Dengan nak ikut ke sana sini, lepas tu perangai acah-acah halau lembu yang nak masuk kawasan kebun kami, tapi sebenarnya ketiga-tiganya kawan je dengan lembu tu.




“Kadang-kadang bila tengah penat kerja tu, boleh hilang rasa penat bila tengok gelagat anjing-anjing tu, ” katanya.

Menurut Lily, memelihara anjing bukanlah sesuatu yang asing bagi penduduk kampung terutama sekali Orang Asli.

“Masyarakat kampung ni memang normal bela anjing di kebun lagi pun di hujung kampung ada perkampungan Orang Asli, satu rumah Orang Asli bela anjing sampai enam tujuh ekor sama macam kita bela kucing.

“Anjing ni memang akan bagi 100 peratus kesetiaan dan mereka sanggup mati demi tuan mereka,” katanya.

Mengakui dia sendiri mempunyai perasaan takut pada anjing lain, Lily berkata anjing bagaimanapun boleh dijinakkan sekiranya mereka dilayan dengan baik.




“Mula-mula dulu saya pun takut tapi kita perlu jinakkan mereka secara perlahan-lahan, bagi makan, layan dengan baik jadi lama-lama kita dianggap tuan, sama macam kucing boleh jadi manja.

“Macam saya sekarang anjing saya memang tak takut tapi tengok anjing orang lain takut juga tapi anjing ni simple je, kau tak kacau aku, aku tak kacau kau, ” katanya menambah setakat ini anjingya tidak pernah menyergah orang lain.

Menurut Lily anjing-anjing peliharaan mereka akan sentiasa menjaga kawasan yang dianggap hak milik tuan mereka. “Anjing ni akan warning orang asing yang masuk kawasan tuannya.

“Macam kalau ada orang parking motor atau kereta depan kebun memang akan cepat bertindak dengan menggunakan deria bau, kalau bau asing tapi nampak tuan sambut, jadi secara automatik bermakna tuannya selamat, ” terangnya.-mSTAR

Dulu Penakut Tapi Telatah 3 Anjing Beliau Hilangkan Rasa Penat Anak Tauke Getah Bekerja [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Gadis Melayu Berhati Mulia Selamatkan Anjing Yang Terperangkap Dalam Guni. [VIDEO]

[VIDEO] YouTuber India ‘Terbangkan’ Anjing Dengan Belon Helium Ditahan Polis



Leave a Reply

Your email address will not be published.