Saya Bukan Sugar Baby Seperti Didakwa, Wanita 24 Tahun Ikhlas Mencintai Lelaki 68 tahun

Saya Bukan Sugar Baby Seperti Didakwa, Wanita 24 Tahun Ikhlas Mencintai Lelaki 68 tahun

CHARLOTTESVILLE, VIRGINIA – Seorang wanita berusia 24 tahun mendedahkan bahawa dia sering digelar pisau cukur kerana menjalin hubungan cinta dengan lelaki 44 tahun lebih tua daripadanya, lapor akhbar The Sun semalam.

Conni Cotten yang bertunang dengan Herb Dickerson, 68, berkata, meskipun dia dipandang serong oleh masyarakat sekeliling, dia tidak mempedulikan pandangan negatif mereka kerana ikhlas menyayangi Dickerson.

Conni menjelaskan bahawa dia digelar “Sugar Baby” oleh orang luar tetapi mereka berjaya meyakinkan orang yang mereka sayangi bahawa mereka hanya pasangan cinta.

“Orang di sekeliling terkejut apabila mengetahui mengenai hubungan kami. Komen yang sering saya terima adalah saya hanya ingin mengikis hartanya dan Dickerson hanya mahukan hubungan seks daripada saya.

“Bukan itu sahaja, keluarga saya juga pada awalnya turut tidak bersetuju dengan hubungan kami kerana bimbang akan keselamatan saya.

“Bagaimanapun, mereka akhirnya menerima seadanya selepas melihat Dickerson dapat membuatkan saya bahagia dan mula mempercayai serta menganggap lelaki itu seperti ahli keluarga sendiri,” katanya.

Menceritakan kisah cintanya dengan lelaki itu, Cotten berkata, mereka bertemu buat kali pertama ketika menjadi sukarelawan di sebuah pusat perlindungan gelandangan iaitu tempat Dickerson bekerja.

“Ketika kami berjumpa buat kali pertama, saya terus tertarik kepadanya dan kami berdua menjadi mesra dengan pantas.

“Saya mula menggodanya dan dia amat terkejut. Kami kemudiannya sering menghabiskan masa bersama dan semuanya berlaku dengan pantas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dickerson berkata, keluarganya pada awalnya menganggap Cotten terlalu muda untuknya, namun mereka akhirnya dapat merestui hubungan tersebut.

“Dia mempunyai tenaga yang amat berbeza berbanding wanita sebaya saya. Dia seorang yang mudah didampingi,” ujarnya. – AGENSI

Saya Bukan Sugar Baby Seperti Didakwa, Wanita 24 Tahun Ikhlas Mencintai Lelaki 68 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Cinta PUBG…’Dia hanya beritahu sayangkan saya’

[VIDEO] Demi Cinta Sejati, Lelaki Ini Sanggup Bina Taj Mahal Mini Buat Arwah Isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker