Abang grabfood naik McLaren 720S hantar makanan [Video]

Abang grabfood naik McLaren 720S hantar makanan

Pelanggan Terkejut ‘Abang GrabFood’ Hantar Makanan Naik McLaren 720S

Sejak pandemik COVID-19 melanda Malaysia, jumlah penggunaan perkhidmatan food delivery semakin meningkat saban hari. Menurut Statista, sebanyak 58% daripada 10,118 responden kerap menggunakan aplikasi food delivery pada bulan Jun tahun lalu.



Baru-baru ini, salah seorang pengguna perkhidmatan GrabFood mendapat kejutan yang tidak disangka-sangka apabila makanan yang dipesan sampai di depan rumahnya dihantar dengan sebuah kereta McLaren 720S yang bernilai lebih RM1 juta.

Pada permulaan video tersebut, seorang abang GrabFood telah menghantar makanan ke satu lokasi dan kemudiannya dia ditawarkan untuk pergi menghantar pesanan seterusnya menaiki kereta Mclaren 720S.

“Naik kereta ini? Saya pun takut,” ujar abang GrabFood yang berasa terkesima dan pada masa yang sama turut berasa gembira kerana pertama kali dapat menaiki sportcar buatan England itu.



Video tersebut telah menarik perhatian orang ramai dan memuji tindakan lelaki tersebut yang menggembirakan hati kedua-dua pihak (abang GrabFood dan pelanggannya) pada satu waktu yang sama.



Setelah abang Grabfood selesai menghantar makanan, pelanggannya mengambil kesempatan untuk bergambar dengan kereta tersebut untuk mengabadikan kenangan bersama. Bukan selalu dapat pesan makanan yang dihantar menggunakan sportcar.

Apabila membaca komen-komen yang dikongsikan oleh orang ramai, lelaki yang menawarkan untuk menghantar makanan menggunakan kereta McLaren bukan sahaja membuatkan abang GrabFood dan pelanggannya berasa gembira, bahkan ternyata dia berjaya membuat penonton yang melihat video tersebut turut gembira. Vc

Abang grabfood naik McLaren 720S hantar makanan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


PKPD untuk siapa sebenarnya? – Che Ta



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker