Mana cukup 5 hari bincang semua di Parlimen
Mana cukup 5 hari bincang semua di Parlimen
‘Mana cukup 5 hari bincang semua di Parlimen’, kata wakil pembangkang, Umno
Rata-rata Ahli Parlimen pembangkang dan wakil kerajaan daripada Umno mempersoal tempoh terlalu singkat sidang Parlimen seperti diumumkan hari ini, iaitu lima hari bermula 26 Julai.
Ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR, Fahmi Fadzil berkata, tempoh itu terlalu pendek untuk membahas dan membincangkan semua perkara yang berlaku sejak darurat diumumkan 11 Januari lalu.
“Saya mengalu-alukan pengumuman ini tetapi saya berhati-hati tentang bagaimana mereka berhasrat untuk menjalankan sesi tersebut.
“Mereka menekankan proklamasi dan ordinan harus dibentangkan di hadapan kedua-dua Dewan Parlimen, mungkin bermaksud mereka hanya bermaksud untuk membentangkannya tanpa membiarkan perbahasan dan undian.
“Dalam hal ini, Parlimen menjadi ‘rubber stamp’ untuk eksekutif dan gagal sepenuhnya menyedari maksud perutusan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu pada 16 Jun.
“Mengapa kita harus membiarkan sesi tersebut menjadi suatu peristiwa yang tidak diselesaikan,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, Parlimen akan bersidang selama lima hari mulai 26 Julai ini manakala Dewan Negara pula akan bersidang selama tiga hari mulai 3 Ogos.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, PMO memaklumkan kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong agar mesyuarat khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat dan tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021 bagi Dewan Negara.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pontian dari Umno, Ahmad Maslan berpandangan Parlimen wajar bersidang selama 20 hari untuk membahaskan banyak perkara mengenai Covid-19, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dan Ordinan Darurat.
Katanya, Ordinan Darurat terutamanya wajar dibahaskan dan bukan cuma diletak atas meja.
“Sidang cara bersemuka bukan hibrid sebab Ahli Parlimen dan sebahagian pekerja di Parlimen sudah divaksinasi,” katanya di Twitter.
Ahli Parlimen Bakri dari DAP, Yeo Bee Yin juga mempertikai kenyataan pembukaan semula persidangan Dewan Rakyat itu.
Katanya, Speaker Dewan Rakyat perlu memperjelaskan kenyataan dikeluarkan PMO.
“Memberi penerangan mengenai Pelan Pemulihan Negara kepada Ahli Parlimen. Maksudnya hanya jelaskan kepada Ahli Parlimen dan Ordinan Darurat dan isu Covid-19 tidak dibahaskan,” soalnya di Facebooknya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena dari Amanah, Mahfuz Omar, mempersoalkan sidang Parlimen tamat sebelum darurat tamat.
Katanya, perbahasan perlu sebelum darurat ditamatkan.
“Ordinan Darurat patut dibentang sebelum tamat darurat. Sidang Parlimen berlarutan sampai 2 Ogos. Dewan Negara sambung selepas itu. Jadi apa maknanya. Adakah kerajaan berniat nak sambung darurat,” katanya. FMT
Mana cukup 5 hari bincang semua di Parlimen
Baca Artikel Menarik :
- Empat kilang, 20 premis diarah tutup: Ismail Sabri
- Timbalan Menteri PN nikah di Thailand?
- Lizzy sumbang separuh ‘gaji’, bantu masyarakat terjejas [VIDEO]
- Foto seksi Azira Shafinaz jadi perhatian
- Resepi Daging Masak Rose viral
- Antara Covid-19 dan rebut kuasa
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.