Laporan Polis Terhadap Lokman Adam Fitnah Ismail Sabri Jadi ‘Mastermind’ Sertai Bersatu [VIDEO]

Laporan Polis Terhadap Lokman Adam Fitnah Ismail Sabri Jadi ‘Mastermind’ Sertai Bersatu

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang menuduh beliau cuba meyakinkan 25 ahli parlimen UMNO menjadi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU-15).

Setiausaha Politiknya, Datuk Syed Mohd. Fazmi Sayid Mohammad berkata, pihaknya telah diarahkan Ismail Sabri untuk membuat laporan polis ketika berada di sekitar PWTC lebih kurang pukul 11 pagi, semalam.



“Saya telah meneliti video berdurasi satu jam 42 saat yang disyaki telah dimuat naik oleh seorang individu bernama Lokman Adam yang mana beliau telah dipecat daripada UMNO tahun lepas.

“Setelah meneliti isi kandungan video tersebut saya dapati dengan jelas pemilik akaun tersebut telah membuat fitnah dan hasutan kepada Ismail Sabri bermula minit ketiga sehingga akhir video dan saya juga diberitahu beliau (Ismail Sabri) tidak pernah membuat sebarang penyataan berkenaan tohmahan terbabit,” ujarnya ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sebentar tadi.

Jelas beliau, siasatan ke atas Lokman perlu dilakukan mengikut akta-akta berkaitan dengan fitnah (Akta Hasutan 1948 , Akta Anti Berita Tidak Benar (Akta 803) dan Akta SKKM (Akta1998) kerana secara jelas beliau telah sewenangnya membuat tuduhan terbuka.

“Pelbagai tuduhan dan cacian yang dilemparkan oleh pemilik akaun facebook Lokman Adam terhadap Ismail Sabri tidak benar dan bersifat fitnah sehingga merosakkan imej beliau selaku Naib Presiden UMNO dan Menteri Kanan (Keselamatan),” ujarnya.



Terdahulu, pemilik akaun facebook Lokman Adam melalui sebuah video didakwa membuat tuduhan bahawa Ismail Sabri cuba meyakinkan 25 ahli parlimen UMNO untuk menjadi calon (Bersatu) jika tidak dipilih sebagai calon UMNO pada PRU-15. – K! ONLINE

Laporan Polis Terhadap Lokman Adam Fitnah Ismail Sabri Jadi ‘Mastermind’ Sertai Bersatu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Pesawat Kargo Alami Masalah Enjin Buat Pendaratan Cemas Di Perairan Hawaii

Kebakaran Besar ‘Mata Api’ di Perairan Teluk Mexico [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker