Kesalahan Zahid Hamidi yang dirungkai

Kesalahan Zahid Hamidi yang dirungkai

Apa salah Zahid?

Oleh Rizduan Ibrahim



Ahmad Zahid pernah diminta bercuti dari jawatan presiden yang dimenanginya.

PASCA Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah mewujudkan situasi politik UMNO yang tidak stabil, sama ada secara dalaman mahupun luaran.

Pada 30 Jun 2018, UMNO telah berjaya mengadakan mesyuarat pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan bahagian-bahagian.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menang jawatan presiden dengan menewaskan pencabarnya Khairy Jamaludin dan Tengku Razaleigh Hamzah.



Bagi penggal 2018/2021, Ahmad Zahid telah mengemudi Jong UMNO selaku nahkoda kapal yang baharu.

Dalam tempoh masa ini, pelbagai onak dan duri telah beliau lalui seperti pendakwaan di mahkamah dan paling ketara tamparan rakan-rakan seperjuangan.

Ramai rakan-rakan telah meninggalkan UMNO dan ramai juga yang masih berada dalam UMNO merencana untuk menjatuhkan beliau. Dalam situasi ini defisit sokongan rakan-rakan kepada beliau amat minimum.

Namun, beliau masih beruntung kerana memiliki sokongan akar umbi yang utuh, itu pun mungkin bukan kerana beliau bernama Ahmad Zahid, sokongan secara maksimum daripada akar umbi kerana institusi presiden yang wajar dipertahankan.



Ini kerana, penyokong dan pendokong di bawah telah diajar mentaati presiden dan semangat sayang kepada UMNO.

Pada tahun 2019, beliau berdepan tekanan sangat kuat dari dalam dan luar, sehinggakan beliau telah membuat keputusan untuk bercuti daripada tugas presiden untuk beberapa bulan.

Setelah itu, beliau kembali dengan semangat baharu untuk mengemudi kembali tugas presiden.

Sesiapa pun boleh duga, sekembalinya beliau menjalankan peranan presiden akan mengembalikan masalah berterusan. Kenapa boleh jadi begitu, apa salah beliau.



Kesalahan pertama beliau ialah kerana beliau adalah presiden, sesiapa pun jika berada di kerusi itu akan diserang dengan pelbagai cara.

Jika beliau bukan presiden, sudah pasti tidak mendapat tempat dari sudut serangan musuh dalaman mahupun luaran. Boleh sahaja ke sana ke mari dengan rekaan plot sekadar membasahi populariti.

Apabila beliau duduk di kerusi presiden UMNO, maka kepanasanlah tempat duduk beliau.

Kesalahan kedua adalah kerana parti UMNO itu sendiri. Ini kerana parti UMNO merupakan parti yang terbesar dalam negara ini. Pengaruhnya masih kuat dan struktur binanya masih utuh.



Jika UMNO ini seperti parti kecil yang lain seperti PAN, MUDA atau PUTRA, ada aiman kisah, sepuluh kali tukar ganti ketua pun tidak menjadi kudis gatal buat pemerhati politik atau musuh.

Kesalahan Ahmad Zahid seterusnya adalah kerana beliau bukan di bawah naungan raja politik negara. Beliau dikatakan sebagai label kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kedua-dua ini adalah musuh kepada raja politik negara.

Sistem parti UMNO ramai tidak sedar, masih mengekalkan sistem naungan yang telah digunakan oleh pentadbiran Kesultanan Melayu dahulu. Setiap kawasan ada orang-orang yang dilantik menjaga kawasan.

Fenomena inilah yang telah dikenali sebagai sistem ‘warlord’ dalam UMNO yang telah mengheret kepada kepuakan sama ada di peringkat pusat, bahagian atau cawangan.



Kesalahan Ahmad Zahid seterusnya adalah kerana beliau bukan Perdana Menteri. Bila tiada kuasa, arahan akan menjadi tawar. Sebab dalam UMNO terbiasa dengan budaya kekayaan dan kuasa agak menebal.

Ini disebabkan pemimpin UMNO ramai lahir daripada ahli perniagaan. Tiada siapa mahu rugi dalam setiap perlaburan, dek kerana ia satu penyeksaan.

Tetapi bagi ambo, serangan bertubi-tubi kepada Ahmad Zahid adalah satu keuntungan tertangguh kepada UMNO. Musuh sibuk menyerang beliau sehingga mereka terlupa nama UMNO BN semakin berkembang, yang mana rakyat mulai kembali menyokong UMNO BN.

Kerana UMNO BN menyediakan produk kestabilan negara dan kehidupan. Rakyat sudah mulai sedar bahawa kehidupan sebelum ini sudah pun baik dan sempurna.

Cuma menjadi persoalan, mereka kurang menerima sekiranya Ahmad Zahid selaku Perdana Menteri. Keadaan begini menguntungkan UMNO BN kerana ia boleh dijadikan strategi perang yang amat berguna.

Kerana yang lemah dan tewas bukan panji UMNO BN, sebaliknya presiden dan pengerusi yang tertewas.

Jika Ahmad Zahid mencadangkan sesiapa sebagai Perdana Menteri selain beliau, tidakkah satu gelombang kemenangan kepada UMNO BN.

Sebagai contoh, Perdana Menteri TOK Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), Timbalan Perdana Menteri I dari MCA atau MIC dan Timbalan Perdana Menteri II dari Sabah atau Sarawak.

Tidakkah haru biru pihak lawan dan sia-sia usaha melemahkan Ahmad Zahid? MG

Penulis, Mohd Ridzuan Ibrahim adalah mantan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas.

Kesalahan Zahid Hamidi yang dirungkai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


i-Citra : Pemuda UMNO kemuka cadangan tambahbaik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker