Dadah RM2 juta ditinggal di Sungai Golok
Dadah RM2 juta ditinggal di Sungai Golok
Elak dicekup, dadah RM2.1 juta ditinggal di tebing Sg Golok
BERSAMA mereka bungkusan dadah bernilai RM2.1 juta.
Namun daripada kena cekup, anggota sindiket memilih meninggalkan bungkusan dadah itu di tebing Sungai Golok sebaik mereka melihat kelibat anggota polis.
Malah, apabila polis membiarkan terlebih dahulu dadah berkenaan untuk tujuan pemerhatian mendapati tiada siapa mengambil dadah berkenaan selepas 15 jam ditinggalkan.
Keseluruhannya dadah dalam bungkusan yang ditinggalkan berhampiran Pulau Tengkorak, Tumpat kelmarin itu mengandungi 36 kilogram (kg) dadah jenis syabu serta 8.4kg heroin base.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner, Abdullah Muhammad Piah berkata, kejadian dikesan pada pukul 4.30 petang, ketika sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, melakukan rondaan.
Menurutnya, ketika rondaan dilakukan, anggotanya ternampak kelibat dua lelaki beredar tergesa-gesa dari tebing menaiki bot enjin galah menghala ke Takbai, Thailand.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan anggota mendapati, ada dua bungkusan berada di atas batu di tepi tebing sungai, dan mengesyaki ada sesuatu yang mencurigakan.
“Susulan kejadian itu, pasukan telah bertindak membuat pemerhatian selama 15 jam di kawasan itu, namun tiada sesiapa yang muncul mengambil bungkusan tersebut.
“Kesemua bungkusan itu dibawa pulang dan hasil pemeriksaan mendapati, di dalam bungkusan itu berisi 36kg dadah jenis syabu serta 8.4kg heroin base,” katanya pada sidang media di IPD Tumpat hari ini.
Baca artikel berkaitan: Bawa dadah RM6.44 juta dalam Bentley, dua lelaki ditahan
Jelas Abdullah, kesemua dadah yang dirampas dikatakan boleh menampung keperluan kepada 222,000 penagih dadah.
Polsi ketika ini katanya, sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pembekal dan penerima dadah yang dirampas itu.
“Rampasan melibatkan heroin base kali ini adalah yang pertama dan terbesar setakat tahun ini, di Kelantan.
“Heroin base ini biasanya akan diproses semula menjadi heroin nombor tiga, yang sering digunakan penagih,” jelasnya.
Mneurut beliau, dadah yang dirampas itu dipercayai akan diedarkan di sekitar Pantai Barat untuk diproses semula, sehingga jumlahnya semakin banyak.
“Selain bekalan untuk Kelantan, dadah yang dirampas ini juga adalah untuk bekalan di negeri-negeri lain,” katanya. Utv
Dadah RM2 juta ditinggal di Sungai Golok
Baca Artikel Menarik :
- Empat kilang, 20 premis diarah tutup: Ismail Sabri
- Timbalan Menteri PN nikah di Thailand?
- Lizzy sumbang separuh ‘gaji’, bantu masyarakat terjejas [VIDEO]
- Foto seksi Azira Shafinaz jadi perhatian
- Resepi Daging Masak Rose viral
- Antara Covid-19 dan rebut kuasa
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.