Jalan 5/46 Gasing Indah ditutup sepanjang PKPD — MYKMU.NET

Jalan 5/46 Gasing Indah ditutup sepanjang PKPD

Sebaran :

Jalan 5/46 Gasing Indah ditutup sepanjang PKPD

PETALING JAYA: Jalan 5/46 Gasing Indah di sini, ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor yang berkuatkuasa pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, terdapat dua laluan alternatif dari lokasi penutupan jalan itu antaranya Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Jalan Pantai.

“Pelaksanaan ini sejajar dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu melarang mana-mana aktiviti rentas daerah, mukim atau negeri di kawasan yang dilaksanakan PKPD,” katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Mohd Fakhrudin berkata, pihaknya masih mengekalkan enam lokasi sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Subang, Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara, Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram (bawah NPE).

“Orang ramai dinasihatkan agar terus sentiasa duduk di rumah jika tiada keperluan yang mendesak supaya jaringan pandemik Covid-19 dapat diputuskan,” katanya.-SH

Jalan 5/46 Gasing Indah ditutup sepanjang PKPD


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pesawat Kargo Alami Masalah Enjin Buat Pendaratan Cemas Di Perairan Hawaii

Kebakaran Besar ‘Mata Api’ di Perairan Teluk Mexico [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: