Diaspora, agenda penchinaan sedang berlaku?

Diaspora, agenda penchinaan sedang berlaku? BARU sahaja dilaporkan bahawa Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng telah mengucapkan tahniah kepada Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China, Song Tao sempena ulang tahun ke-100 penubuhan.

Sebenarnya ini bukan kali pertama beliau menyokong terang-terangan ‘perjuangan’ komunis itu, beliau juga pernah menyelar pihak polis yang menyaman restoran cina kerana menggantung lukisan pemimpin komunis.

2. Apa yang boleh kita lihat di sini, cubaan membawa masuk ideologi komunis tidak pernah berakhir. Ideologi komunis yang mahukan kesamarataan hak, sekaligus menghapuskan keistimewaan bangsa asal di negara ini. Sebagai contoh, tengok penyeksaan umat Islam yang berlaku di Uighur.

3. Melihat kepada corak sokongan bermula pada tahun 2014, MCA dan Parti Komunis China telah pun menjalinkan hubungan dan pernah menandatangani satu memorandum kerjasama bersama.

Mereka jugalah yang berani mendesak tuntutan pengiktirafan UEC dan menyokong abu Chin Peng dibawa masuk.

Siri diskusi wakil-wakil mereka bersama negara komunis itu juga tidak boleh dilupakan. Semua ini menggambarkan betapa konsistennya sokongan mereka kepada ‘pejuang’ negara komunis.

4. Kita perlu akui diaspora dan agenda penchinaan yang sedang berlaku. Buktinya, pemimpin-pemimpin terkemuka di negara ini termasuklah Naib Presiden MCA pernah memberi sokongan untuk meluaskan agenda China iaitu Belt and Road Initiative.

Perkara ini dari sudut geopolitiknya adalah satu agenda besar yang tanpa kita sedar boleh membawa kepada penjajahan secara halus. Segala projek-projek besar mereka di tanah ini dikhuatiri mengancam Malaysia sebagai watan berdaulat.

5. Oleh itu kerajaan dan rakyat perlu sedar akan apa jua agenda halus yang cuba dibawa masuk hatta melalui parti politik sedia ada.

Teguran ini diutamakan kepada pimpinan Melayu supaya celik dan berwaspada dengan sebarang kerjasama yang boleh membawa ancaman kepada kedaulatan negara.

Justeru itu, BERJASA kekal dengan prinsipnya menyeru kepada semua termasuk parti Melayu sedia ada seperti UMNO untuk tidak lagi meletakkan calon MCA di kawasan majoriti Melayu pada PRU15 akan datang.

HAJI ZAMANI IBRAHIM
PRESIDEN BERJASA

Diaspora, agenda penchinaan sedang berlaku?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zarina Anjoulie nak saman pegawai polis wanita

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker