Maut terkena renjatan elektrik ketika main layang-layang

Maut terkena renjatan elektrik ketika main layang-layang

Nak ‘selamatkan’ layang-layang di tiang elektrik, budak 10 tahun maut terkena renjatan

Akibat cuba mengambil layang-layang yang tersangkut di tiang elektrik, seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dekat Tuaran, Sabah.

Mangsa berusia 10 tahun itu dipercayai bermain bersama rakannya berusia 12 tahun di kawasan lapang bekas sawah padi di Kampung Tembiluk, Mengkabong, pada 12.45 tengah hari tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Tuaran Mohd Hamizi Halim, mangsa menggunakan batang besi untuk mendapatkan semula layang-layangnya yang tersangkut di tiang elektrik, sebelum terkena renjatan.

“Bapa mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan adik iparnya yang melihat kanak-kanak itu terbaring di tempat kejadian,” katanya, menurut laporan Kosmo.

Mangsa yang melecur separuh badan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuaran, dan akan dibedah siasat di hospital sama selepas menjalani proses prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. FMT

Maut terkena renjatan elektrik ketika main layang-layang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lawan dengan anjuran agama,bukan bendera putih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker