EURO 2020, Pemain Itali bertindak tanggal seluar

EURO 2020, Pemain Itali bertindak tanggal seluar. Beberapa pemain Itali menanggalkan seluar mereka ketika meraikan kejayaan menewaskan Belgium 2-1 dalam aksi suku akhir Euro 2020, awal pagi tadi.

Anak buah Roberto Mancini menempah tempat ke separuh akhir hasil jaringan pada babak pertama yang disumbangkan Nicolo Barella dan Lorenzo Insigne.

Sepakan penalti Romelu Lukaku merapatkan jurang buat Belgium sebelum rehat, namun skuad Azzurri berjaya mempertahankan kedudukan untuk meraih kemenangan dan akan berdepan Sepanyol, Rabu ini.

Walaupun jaringan jarak jauh yang diledak Insigne dianggap luar biasa, namun tindakan pemain Itali meraikan kemenangan selepas perlawanan mencetuskan kehangatan di media sosial.



 

Pemain Itali, Di Lorenzo (tengah) menanggalkan seluarnya selepas Itali menewaskan Belgium 2-1 dalam aksi suku akhir Euro 2020. - Foto AFP
Pemain Itali, Di Lorenzo (tengah) menanggalkan seluarnya selepas Itali menewaskan Belgium 2-1 dalam aksi suku akhir Euro 2020. – Foto AFP

 

Pemain Itali, Di Lorenzo memberikan seluarnya kepada penyokong ketika meraikan kejayaan menewaskan Belgium 2-1 dalam aksi suku akhir Euro 2020, awal pagi tadi. - Foto AFP
Pemain Itali, Di Lorenzo memberikan seluarnya kepada penyokong ketika meraikan kejayaan menewaskan Belgium 2-1 dalam aksi suku akhir Euro 2020, awal pagi tadi. – Foto AFP

 

Ia susulan pemain, termasuk Giovanni Di Lorenzo, Andrea Belotti dan Alessandro Bastoni menanggalkan seluar dan membalingnya menyebabkan peminat terkejut.



Antara komen yang ditulis pengguna media sosial termasuk: ” Ya, tanggalkan seluar anda. Saya suka Itali.”

Selain itu, antara komen lain yang dibuat netizen termasuk: “Sejak bila tindakan membaling seluar kepada peminat menjadi amalan.” – AGENSI

EURO 2020, Pemain Itali bertindak tanggal seluar

 


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO bakal tinggalkan kerajaan PN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker