Geng plastik hitam dalam radar Jawi

Geng plastik hitam dalam radar Jawi

‘Geng plastik hitam’ yang tidak berpuasa kini dalam ‘radar’ Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sepanjang Ramadan ini.

Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, Bahagian Penguatkuasaan Jawi setiap tahun menjalankan aktiviti penguatkuasaan bagi kesalahan tidak menghormati Ramadan, terutama terhadap mereka yang ponteng puasa.

Menurutnya, individu yang sengaja makan dan minum secara terbuka di khalayak ramai akan diambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan Undang-Undang Kesalahan Syariah.

“Aktiviti penguatkuasaan ini berasaskan maklumat yang diterima daripada masyarakat awam serta aktiviti pemantauan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) dari semasa ke semasa sepanjang Ramadan.

“Mereka yang ditahan boleh disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559),” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, mereka yang didapati melakukan kesalahan akan diberikan Surat Perintah Hadir (SPH) ke Bahagian Penguatkuasaan Jawi bagi melengkapkan siasatan.

Katanya, kes berkenaan kemudian akan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk pendakwaan di Mahkamah Syariah.

“Bahagian Penguatkuasaan Jawi juga menjalankan aktiviti penerangan dan kempen pencegahan bagi mendidik masyarakat Islam patuh kepada perintah Allah SWT.

“Peniaga Islam yang bersubahat menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa boleh dikenakan tindakan yang sama di bawah Seksyen 15 (Akta 559) kerana tidak menghormati Ramadan dan Seksyen 43 (Akta 559) kerana bersubahat.

“Bagi individu yang didapati tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai serta peniaga yang bersubahat boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Gelaran ‘geng plastik hitam’ sinonim dengan individu yang tidak berpuasa pada Ramadan dan membeli makanan secara terbuka pada siang hari.

Bagi mengelak aktiviti itu dikesan, makanan akan dibungkus menggunakan plastik hitam. HM

Geng plastik hitam dalam radar Jawi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker