COPA, Brazil ke separuh akhir dengan 10 pemain

Brazil’s Lucas Paqueta (2nd R) celebrates with teammates after scoring against Chile during their Conmebol 2021 Copa America football tournament quarter-final at the Nilton Santos Stadium in Rio de Janeiro, Brazil, on July 2, 2021. (Photo by MAURO PIMENTEL / AFP)

COPA, Brazil ke separuh akhir dengan 10 pemain. Beraksi dengan 10 pemain dalam sebahagian besar permainan, Brazil masih mampu menumpaskan Chile 1-0 untuk melangkah ke separuh akhir Copa America dan menempah pertemuan dengan Peru.

Pemain gantian, Lucas Paqueta membawa impak sebaik saja dimasukkan di babak kedua apabila menewaskan pertahanan lawan sebelum meledak gol tunggal kemenangan pada minit ke-47 di Stadium Nilton Santos hari ini.

Kurang dua minit kemudian, juara bertahan itu terpaksa bermain dengan 10 orang selepas terjahan keras Gabriel Jesus ke muka Eugenio Mena menyebabkan dia dilayangkan kad merah.

Chile bagaimanapun gagal memanfaatkan kelebihan tersebut biarpun berusaha keras dan melakukan segala-galanya untuk mencari gol penyamaan.

Eduardo Vargas menjangkakan dia berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-62, malangnya video bantuan pengadil (VAR) mendapati jaringan pemain tersebut ofsaid.

Pada minit ke-69, Mena melakukan hantaran dari kiri kepada Ben Brereton, tandukannya menyebabkan penjaga gol Brazil, Ederson merebahkan badan ke arah yang salah, malangnya bola melewati palang.

Ederson muncul wira Brazil apabila menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Chile yang terdesak mencari gol penyamaan di hujung permainan.

Dengan kemenangan itu, Brazil yang memburu kejuaraan Copa America buat kali ke-10 akan mengulangi final 2019 di mana mereka mengalahkan Peru 3-1.

PEMAIN Peru, Miguel Trauco meraikan sepakan penalti terakhir yang membawa pasukannya mara ke separuh akhir Copa America hari ini. – AFP

Peru terlebih dulu meraih tiket separuh akhir selepas menewaskan Paraguay menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 selepas perlawanan berakhir 3-3 pada waktu sebenar di Goiania.

Dua lagi lagi saingan suku akhir akan berlangsung esok melibatkan Argentina menentang Ecuador dan Uruguay bertemu Colombia. – AGENSI

COPA, Brazil ke separuh akhir dengan 10 pemain


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Varian Delta: Dunia kini dalam tempoh bahaya – WHO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker