JDT dilukai FC Pohang Steelers kali kedua

JDT dilukai FC Pohang Steelers kali kedua. Kecuaian barisan pertahanan membawa padah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila tewas 0-2 kepada FC Pohang Steelers pada aksi pusingan kedua Kumpulan G kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), malam ini.

Lebih pahit untuk ditelan kesemua barisan pemain JDT adalah dua gol dijaringkan pasukan dari Korea Selatan itu hadir dalam tempoh empat minit pada separuh masa pertama, sekali gus meragut impian skuad Harimau Selatan untuk melangkah ke pusingan kalah mati kempen itu.

Pemain tengah Lee Seung-Mo dan pemain pertahanan Kang Sang-Woo masing-masing meledak gol pada minit ke-33 dan minit ke-37 untuk membantu FC Pohang Steelers melakar kemenangan kedua ke atas JDT selepas membelasah skuad Harimau Selatan 4-1, Isnin lepas.

Pada aksi di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, disiplin bertahan kurang kemas dipamerkan skuad bimbingan Benjamin Mora dapat dilihat seawal permainan apabila pasukan lawan hampir membuka tirai jaringan pada minit ketiga, namun rembatan Boris Tashti yang tidak dikawal gagal menemui sasaran.

Peluang keemasan JDT meledak jaringan hadir pada minit ke-17 menerusi sepakan percuma diambil pemain sayap Muhammad Safawi Rasid yang sekadar menggegar tiang tatkala penjaga gol lawan Kang Hyeon-Mu sudah pun tertewas.

Kedua-dua pasukan kemudian menampilkan persembahan seimbang sebelum gerakan balas yang pantas dilakukan FC Pohang Steelers berjaya memerangkap dua pertahanan tengah JDT Shane Lowry dan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak sebelum Seung-Mo tenang meledak gol pembukaan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, JDT yang turun dengan misi membalas dendam cuba mengatur kembali gerakan, namun kegopohan pertahanan mengeluarkan bola merintis laluan buat Sang-Woo untuk melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Mohd Farizal Marlias.

Pemain gantian Kwon Gi-Pyo hampir menjadikan kedudukan 3-0 pada separuh masa kedua, namun tandukannya pada minit ke-81 gagal menemui sasaran sebelum bekas kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim turut terlepas peluang merapatkan defisit jaringan pada minit ke-84.

Mora turut membawa masuk dua pemain naturalisasi Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh pada separuh masa kedua dalam usaha mengubah kedudukan, namun kedua-duanya gagal memainkan impak diharapkan sehingga wisel penamat.

Sementara itu, JDT berdepan kemungkinan tidak dapat menurunkan Lowry dan pertahanan kanan Matthew Davies pada aksi kumpulan berikutnya menentang pasukan dari Jepun Nagoya Grampus Ahad ini, susulan penggantungan kedua-dua mereka selepas mengutip kad kuning pada aksi hari ini.

Kekalahan kedua kepada FC Pohang Steelers menyaksikan JDT kekal di kedudukan ketiga Kumpulan G dengan tiga mata selepas empat perlawanan, ketinggalan enam mata dibelakang FC Pohang Steelers yang kini berkongsi sembilan mata bersama pendahulu Nagoya Grampus.

Situasi ini memberi tamparan kepada misi JDT untuk sekurang-kurangnya mara ke pusingan 16 pasukan terbaik

JDT dilukai FC Pohang Steelers kali kedua


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker