Zarina Anjoulie nak saman pegawai polis wanita
Zarina Anjoulie nak saman pegawai polis wanita
Selebriti media sosial, Zarina Anjoulie mendakwa dia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang pegawai polis wanita bagi “mendapatkan keadilan.”
Dia mendakwa sudah membuat laporan terhadap anggota polis terbabit.
“Salam. Alhamdulillah laporan dah dibuat ke atas anggota polis yang berkenaan. Selepas siasatan saya akan mengambil tindakan untuk menyaman anggota tersebut.
“(Ini) anggota polis wanita yang bakal saya akan saman. Saya akan berjuang habis-habisan untuk isu ni,” katanya di Instagram.
Terdahulu, pemilik nama penuh Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul itu dikaitkan dengan penahanan seorang selebriti wanita yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet di Nilai, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata, selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing. Keputusan mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine.
Suspek diberi jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Zarina, 33, turut mendakwa dia mempunyai bukti kukuh untuk menyabitkan pegawai terbabit dengan salah laku yang dibuat.
“Di manakah integriti kamu sebagai seorang anggota polis wanita? Saya bimbang adakah nanti orang lain akan menerima nasib yang sama seperti saya?
“Saya tak akan berdiam diri. Saya akan tularkan habis-habisan sampai saya dapat keadilan yang dirasakan berhak.
“Aku ada bukti kukuh untuk heret kau ke balai,” katanya.
Pun begitu, Zarina yang juga pelakon itu berkata, ketika ini dia tidak mahu mendedahkan identiti pegawai terbabit.
“Buat masa ni saya tidak akan dedahkan. Tapi jika sampai di mahkamah nanti, semua orang memang akan dapat tahu siapa dia,” katanya.
Sementara itu, Mohd Fazley ketika dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan laporan diterima pihaknya kira-kira jam 12.00 tengah malam tadi.
“Kami akan menjalankan siasatan terhadap aduan yang dibuat,” katanya. Mk
Zarina Anjoulie nak saman pegawai polis wanita
Baca Artikel Menarik :
- Bendera putih bukan bererti mengaku kalah
- Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand
- Najwan maklumkan ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK
- Mila Jirin ajak rakan niaga terus tawakal
- Lelaki Ini Kibarkan Bendera Mohon Bantuan Demi Anak Dan Isteri Tapi Tak Disangka [VIDEO]
- Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.