90 peratus usahawan Bumiputera berdepan risiko muflis – DPMM

90 peratus usahawan Bumiputera berdepan risiko muflis – DPMM

Sebanyak 90 peratus usahawan Bumiputera termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kini berdepan risiko muflis disebabkan pelbagai sekatan akibat COVID-19 sejak awal tahun lalu.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abd Halim Husin, berkata semua usahawan terbabit terjejas teruk sehingga ada yang kehilangan sumber pendapatan.



Justeru, katanya DPMM berharap kerajaan boleh mempertimbangkan untuk meluaskan bantuan fizikal kerana realitinya semua usahawan kini berdepan dengan tempoh yang sukar.

Menurutnya, bantuan diperlukan bagi mengembangkan semula perniagaan dan ekonomi negara.

“Antara bantuan yang kita cadangkan ialah moratoriom 3.0 dan pembaharuan (pindaan sekali lagi) Akta Insolvensi 1967 (Akta 360).

“Akta Insolvensi perlu diperbaiki (dipinda) kerana ketika ini ia menetapkan kadar had (nilai ambang) hutang minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan adalah RM100,000

“Jadi RM100,000 ini, bagi peniaga walaupun peniaga itu menjalankan perniagaan yang kecil… ia adalah jumlah yang sedikit (rendah). Maka kita cadang kerajaan anjak kepada RM300,000 dan RM500,000,” katanya ketika ditemu bual dalam Buletin AWANI pada Sabtu.



Dalam pada itu, Abd Halim berkata, pakej bantuan yang disampaikan kerajaan juga perlu lebih menyeluruh untuk menjana modal serta pendapatan mereka.

“Ingin saya sampaikan bahawa banyak pakej-pakej yang telah diadakan tetapi orang kita di bawah ini tidak merasa apakah yang telah diberikan itu.

“Walaupun figure (angka) yang telah diberikan itu banyak… beratus juta tetapi di market kita tidak merasa injection itu,” katanya.-Awani

90 peratus usahawan Bumiputera berdepan risiko muflis – DPMM




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Netizen kecam pegawai Rela kasar di PPV

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker