Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand
Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand
Thailand bakal melancarkan pelan ‘Phuket Sandbox’ dimana membenarkan pengunjung dari negara-negara terpilih untuk ke Thailand melalui Phuket tanpa perlu menjalani kuarantin.
Sebanyak 66 buah negara yang layak terlibat dalam pelan tersebut dan permohanan sudah boleh dilakukan sejak 28 Jun 2021. Malangnya, Malaysia tidak tersenarai dalam 66 buah negara yang layak untuk masuk ke Thailand mulai 1 Julai ini.
Difahamkan, senarai tersebut akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan situasi COVID-19 di sesuatu negara itu. Pelan ini bertujuan untuk menyemarakkan kembali industri pelancongan di Thailand.
Untuk pengetahuan anda, pengunjung yang sudah divaksinasi tidak perlu kuarantin tetapi perlu tinggal di Phuket selama 14 hari sebelum dibenarkan ke wilayah lain di Thailand.
Manakala bagi pengunjung yang tidak divaksin perlu menjalani kuarantin terlebih dahulu. Malah, para pengunjung dikehendaki membawa bukti sudah divaksinasi, membuat ujian RT-PCR sebelum dan semasa berada di Thailand serta memohon surat perakuan kemasukan daripada kedutaan Thailand.-TVC
Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand
Baca Artikel Menarik :
- Kelulusan pergerakan individu bekerja sendiri hingga 7 Julai
- Vaksin: Kerajaan fokus sektor industri beroperasi ketika PKP
- Bella : Sekarang Dia Cuba Berubah
- Dadah RM23.72 juta dibawa melalui trak ditahan
- Adab berjiran jika kelaparan tidak perlu tunggu kerajaan
- Resepi Ikan Bawal Emas Masak Lemak Cili Padi Cekur
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.