Gempak Habis! Montage ‘The Hotel’ Mira Filzah & MK K-Clique Dah Jadi Tumpuan Peminat [VIDEO]



Gempak Habis! Montage ‘The Hotel’ Mira Filzah & MK K-Clique Dah Jadi Tumpuan Peminat [VIDEO]

Ternyata selepas sekian lamanya tidak muncul dalam drama terbaru, Mira Filzah iaitu selaku Bintang Paling Popular membuatkan ramai peminat sangat teruja mendengar khabar gembira daripada selebriti itu sendiri.

Ini kerana, Mira Filzah bakal muncul dalam drama terbaru berjudul The Hotel dengan menonjolkan bakat dan penampilannya yang begitu berbeza.

Walau bagaimanapun, lebih membuatkan orang ramai sangat teruja juga kerana Mira Filzah bergandingan dengan seorang penyanyi rap popular dengan panggilan MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin.

Siapa menyangka, selepas MK yang merupakan anggota kumpulan K-Clique berlakon dalam durasi pendek bersama Nabila Razali dalam lagu Peluang Kedua, peminat dapat menyaksikan MK dalam sebuah drama.




Untuk info, drama The Hotel merupakan arahan daripada Helmi Yusof dan bakal ditayangkan buat penonton di saluran slot MegaDrama, Astro Ria.

VIDEO DIBAWAH:-

Pun begitu, video opening The Hotel yang dikongsikan oleh kedua-dua pelakon utama dalam drama tersebut di ruangan Instagram masing-masing mengundang juga dihujani dengan respon-respon positif penonton

Ada juga yang merasakan seperti drama Korea berjudul Hotel Del Luna lakonan IU namun ramai begitu tidak sabar untuk menyaksikan gandingan Mira Filzah dan MK.

“Kalau ada Mira mesti kena tengok ni”

“Yeay yeay…”

HCL




Gempak Habis! Montage ‘The Hotel’ Mira Filzah & MK K-Clique Dah Jadi Tumpuan Peminat [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak perlu ugut doktor kontrak

Pakcik Ini Selamba Tepuk Bahu Pelakon Ketika Shooting. “Haloh Saley Teh” [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.