PM sumbang RM600,000 kepada tiga NGO belia Felda

PM sumbang RM600,000 kepada tiga NGO belia Felda

Kerajaan menyumbang sebanyak RM600,000 kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia Felda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu meliputi sumbangan RM300,000 kepada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), RM200,000 kepada Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) dan RM100,000 kepada Permuafakatan Siswa Siswi Felda (Persada).



“Saya berharap dengan sumbangan daripada kerajaan, persatuan belia seperti MBFM, KAF dan Persada mengadakan program-program bagi membantu ahli-ahli mereka.

“Insya-Allah, saya yakin ahli-ahli belia Felda lebih maju dan dapat membantu Felda secara keseluruhan. Jadi, saya berharap belia terus bersama kerajaan melayari bahtera Keluarga Malaysia menuju ke arah suatu destinasi yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis makan malam bersama Generasi Felda dan mesyuarat agung tahunan MBFM, KAF dan Persada di sini malam ini.

Dalam majlis tersebut, beliau turut melancarkan gerakan Sukarelawan Anak Felda (MySafe).



Selain itu, kata Ismail, bagi mengiktiraf peranan belia Felda, wakil belia akan dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Felda.

“Saya bersetuju dan telah maklumkan kepada Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh supaya melantik wakil belia Felda dalam lembaga pengarah Felda.

“Ini bagi membolehkan belia Felda sama-sama membangunkan Felda dan kita juga ingin mendengar suara belia.

“Jadi, saya berharap belia Felda dapat memberi contoh terbaik kepada golongan belia bukan sahaja di Felda tetapi semua belia di seluruh negara,” katanya. Utusan



PM sumbang RM600,000 kepada tiga NGO belia Felda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker