PH Dan PN Punca Malaysia Terlambat Dapat 5G

Oleh Nurul Aisyah

RAKYAT telah tersalah undi Pakatan Harapan(PH) pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) yang lalu akibat percaya kepada penipuan DAP, PKR, Bersatu dan Amanah. Kesannya terlalu mengerikan apabila rakyat terpaksa menanggung beban ekonomi yang sangat teruk, teknologi negara tertinggal jauh ke belakang, politik yang huru-hara dan lain-lain lagi.

Memang sangat memalukan dalam dunia yang teknologi sangat pesat membangun tiba-tiba Malaysia tertinggal jauh berbanding negara Singapura, Thailand dan Indonesia. Itu antara harga mahal yang rakyat terpaksa tanggung akibat salah mengundi PH pada PRU-14 yang lalu.

Isu utama di sini, Malaysia terlambat dengan 5G selepas PRU14 dan juga model perlaksanaan 5G yang diputuskan kerajaan pula adalah model yang hanya digunakan oleh negara  paling mundur di dunia .

Memetik sumber, Minggu lepas, Menteri Kewangan mengaku dalam parlimen bahawa kos RM11 bilion bagi membina syarikat infrastruktur 5G kerajaan bernama Digital Nasional Berhad (DNB) adalah lebih tinggi berbanding anggaran awal sebanyak RM7.5 bilion yang dibuat panel khas kerajaan.

Ini jawapan menteri:

“Tengku Zafrul berkata bahawa laporan Pasukan Petugas Khas 5G Kebangsaan sebanyak RM7.5 bilion hanya untuk sebuah rangkaian liputan dan tidak mengambil kira apa-apa pelaburan dalam kapasiti yang diperlukan.

“Laporan Pasukan Petugas tersebut turut menyatakan bahawa kos yang dinyatakan merupakan anggaran indikatif dan bukan anggaran yang pasti tertakluk kepada beberapa andaian subjektif seperti rundingan dengan vendor.

“Berdasarkan anggaran yang dinyatakan juga, pelaksanaan rangkaian 5G secara kolektif oleh kesemua operator rangkaian mudah alih sedia ada berkemungkinan melibatkan kos melebihi RM30 bilion bagi negara secara keseluruhannya, berbanding hanya RM11 bilion bagi DNB.

Namun, CEO DNB (yang juga orang kuat Ananda Krishnan) memberi jawapan berlainan dalam wawancara dia bahawa kos DNB dianggar antara RM16.5 bilion dan dijangka akan naik ke RM20 bilion (jauh lebih besar banding anggaran awal RM7.5b atau RM11b yang dijawab Menteri Kewangan) – termasuk kos pengurusan sebanyak RM4 bilion yang juga mengambil kira kos gaji sebanyak RM2.5 bilion bagi 600 pekerja bagi tempoh 10 tahun (atau RM420,000 setiap pekerja setahun).

Kenapa kita lambat mendapat 5G? Negara-negara jiran kita sudah ada 5G. Jawapannya, kerana kita lebih suka tubuh jawatankuasa kerajaan untuk buat kajian sahaja pada masa kerajaan PH memerintah.

“15 April 2019: SKMM perlu masa untuk siapkan kajian 5G”
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1716755

Lepas itu, sekejap kerajaan PN beri lesen 5G kepada telco tempatan.
“2 Jun 2020: Malaysia awards 5G spectrum to key domestic telecoms firms”
https://www.reuters.com/article/malaysia-5g-idINL4N2DG0V4

Sekejap lagi kerajaan PN batalkan pemberian lesen 5G itu.
“3 Jun 2020: Malaysia delays 5G by 12 months as spectrum allocations nullified”
https://asia.nikkei.com/…/Malaysia-delays-5G-by-12…

Dan sekejap lagi, kerajaan PN kata 5G bukan keutamaan. Memanfaatkan 4G sedia ada lebih penting, kata mereka.

“But speaking to the StarBizWeek, Communications and Multimedia Minister Datuk Saifuddin Abdullah explains that perhaps 5G is not the priority now. For now, the main focus is not on 5G. I am not saying that 5G is not important. But I don’t think the priority is to roll out 5G now. The priority is to make full use of the 3G and the 4G (networks) and ensure full connectivity because that is what is required, ” he says.

“6 Jun 2020: Telco troubles”
https://www.thestar.com.my/…/2020/06/06/telco-troubles

Oleh kerana kita sudah ketinggalan jauh ke belakang, pada awal tahun ini kerajaan PN berputus pada awal tahun untuk menggunakan model untuk kerajaan membiayai dan membina keseluruhan infrastruktur 5G dalam negara melalui syarikat kerajaan DNB untuk disewakan kepada syarikat telco-telco tempatan.

Model monopoli “Single Wholesale Network” (SWN) ini bukan perkara baharu sebab 6 negara dalam dunia pernah cubanya untuk perlaksanaan 4G termasuk Mexico, Belarus, Rwanda, Kenya, Russia dan Afrika Selatan.

Oleh sebab model ini lemah, 3 negara (Kenya, Russia dan Afrika Selatan) telah batalkan usaha mereka manakala baki 3 negara (Belarus, Rwanda dan Mexico) mengalami pelbagai lagi masalah kelewatan, ketidakcekapan servis dan kerugian bagi usaha perlaksanaan 4G mereka.

Susulan itu, hanya Malaysia satu-satunya sahaja dalam dunia yang gunakan model ini bagi perlaksanaan 5G.

“July 2021: Malaysia cuts a lonely figure in approach to 5G roll-out”
https://www.gsma.com/…/Malaysia-5G-SPV-spotlight-report…

Lain-lain negara dalam dunia gunakan model seperti yang digunakan oleh kerajaan BN dahulu dalam perlaksanaan 3G/4G – iaitu menawarkan lesen kepada telco-telco tempatan melalui tender.

Selepas menang tender dan membayar harga lesen kepada kerajaan, Telco-telco pula akan bersaing untuk berlumba-lumba untuk membina infrastruktur dengan kadar yang paling laju, servis yang paling baik, paling murah ataupun liputan yang paling luas bagi menarik pelanggan.

(Wang lesen yang dibayar kepada kerajaan ini juga antara sebab kerajaan BN dahulu mampu memberi 1.7 juta netbook 1Malaysia masa dahulu. Jika dulu kerajaan dibayar wang oleh telco, kerajaan perlu keluarkan duit dulu untuk bina infrastruktur dengan model SWN hari ini tanpa mengutip satu sen).
Biasanya syarikat swasta yang bersaing antara satu sama lain adalah lebih cekap dan laju berbanding syarikat monopoli kerajaan.

Selain memastikan infratstuktur boleh dilaksanakan dengan kadar paling laju, persaingan telco juga akan memberi pilihan kepada pelanggan.

Jika kos sesuatu telco kurang baik, servis pelanggan tak baik atau signal lemah di rumah, mereka boleh tukar dengan mudah ke telco lain tanpa keperluan tukar nombor mobile.

Tapi dengan cara perlaksanaan secara monopoli DNB ini, pelanggan takde pilihan jika servis network disesuatu tempat adalah lemah. Tukar ke telco mana pun, servis network tetap lemah kerana ianya network yang sama.

Seperti yang saya sudah tulis beberapa kali sebelum ini dan seperti apa yang saya bahas dalam parlimen beberapa minggu lalu, saya amat bimbang bahawa Malaysia akan ketinggalan lebih jauh ke belakang sekiranya perlaksanaan 5G di Malaysia melalui syarikat monopoli DNB ini.

Jika kita gagal, impak ekonomi mungkin trilion-trilion Ringgit besarnya sebab ekonomi masa depan semakin beralih ke Digital.

Namun, nasi sudah menjadi bubur.

Kerajaan PN sudah putuskan dan tubuhkan DNB. Kontak bernilai sebanyak RM11 bilion sudah diberi dan duit berbilion sudah dibelanja. Sekiranya batalkan kaedah ini pun sudah terlambat melainkan negara mahu lebih lewat lagi untuk melaksana 5G atau sudi membazir berbilion-bilion ringgit yang sudahpun dibelanja.

Sebab itu, Datuk Seri Najib sekali lagi menyeru agar syarikat telco-telco tempatan diberi peluang untuk membeli sebahagian saham dalam syarikat DNB dan diberi peranan untuk mengurus dan memantau DNB agar perlaksanaan 5G adalah lebih terjamin.

Selain kerajaan mendapat wang serta-merta untuk bantu Rakyat dalam pandemik ini dengan penjualan saham tersebut, syarikat-syarikat telco adalah lebih berpengalaman dengan perlaksanaan infrastruktur telco, lebih memahami keperluan pelanggan dan akan lebih mementingkan infrastruktur rangkaian yang cekap dan laju.

Sebab syarikat-syarikat telco faham bahawa jika DNB gagal, mereka juga akan gagal pada masa depan.

Sila lah buat demikian rayu Datuk Seri Najib lagi.

Jika DNB gagal dan akibatnya negara mengalami kerugian impak ekonomi bertrilion-trilion Ringgit besarnya untuk tempoh 10 tahun depan, siapa yang akan menanggung kerugian tersebut?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker