Isteri Bengang Campak Phone Bila Suami Gurau Minta Nombor Janda [VIDEO]

Isteri Bengang Campak Phone Bila Suami Gurau Minta Nombor Janda [VIDEO]

Kadangkala, bergurau senda dalam rumah tangga itu perlu untuk mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain

Situasi yang kelakar dapat menyerikan lagi hubungan antara pasangan suami isteri itu. Tidaklah bosan bukan?

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki ini membuat prank call bersama rakannya dan meminta nombor janda depan isterinya curi tumpuan netizen.



Campak phone suami lepas terdengar minta nombor janda

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mattop55 di laman TikToknya, kelihatan dia sedang membuat panggilan prank dengan rakannya untuk meminta nombor janda.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila isterinya itu bertindak mengambil phone suaminya dan campak terus ke bawah sebaik saja terdengar ayat nombor janda.

Isterinya lantas berkata “bodoh, janda janda, tak habis-habis janda hidup kau, kalau betul aku campak handphone tu kat luar”. Suaminya dilihat terus takut dan memberitahu isterinya yang dia sedang membuaprank.

Lihat Video Di Bawah



“Bang, saya ada selimut dan bantal lebih, nanti datang rumah kalau nak tidur” – Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan prank tersebut. Malah, ramai yang menawarkan bantuan jika lelaki itu dihalau rumah. Selain itu, ramai juga yang menyakat pasangan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 96K views, 5K likes dan 300 comments di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker