Adakah Syed Saddiq Benar-Benar Memperjuangkan LTSAAS?

 

Figure 1 – Sudah disahkan tiada pelan menjual LTSAAS

Adakah Syed Saddiq Benar-Benar Memperjuangkan LTSAAS? Baru-baru ini terdapat berita tular yang menyatakan bahawa Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ataupun lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang, bakal diswastakan dan dibangunkan semula. Isu ini telah dinafikan oleh pihak kerajaan dan mereka turut memberi amaran untuk tidak menyebarkan berita palsu mengenai penjualan sebarang aset kerajaan.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/146402/BERITA/Nasional/1000-pekerja-semua-sektor-di-LTSAAS-bakal-putus-mata-pencarian

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/05/814441/tiada-maklumat-lapangan-terbang-subang-diambil-alih-mahb

Sumber: https://www.theedgemarkets.com/article/putrajaya-has-no-plans-sell-subang-airport-property-says-tengku-zafrul

Seperti biasa, ada mereka yang berada di pihak pembangkang yang telah menyerang kerajaan berasaskan berita tular yang kurang tepat ini. Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara mereka yang telah menyuarakan bantahannya terhadap penjualan Lapangan Terbang Subang. Namun begitu, isu ini bagai indah khabar daripada rupa.

Sumber: https://twitter.com/SyedSaddiq/status/1408312037579522048

Figure 2 – Pakar membuat wayang

Betul, aset kerajaan yang penting seperti ini tidak patut dijual kepada mana-mana pihak sekali gus. Akan tetapi, bantahan ini yang datang daripada seorang bekas menteri kerajaan Pakatan Harapan amatlah tidak bersesuaian sedangkan semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, banyak aset kerajaan telah dijualkan atas alasan “negara bakal menjadi bankrap”. Lagipun, isu ini telah dilaporkan dari awal bulan Mei lagi. Jadi mengapakah Syed Saddiq hanya menyuarakan bantahannya sekarang?

Syed Saddiq sebagai seorang ahli Jemaah Menteri pada masa itu langsung tidak menyuarakan sebarang bantahan terhadap penjualan aset-aset kerajaan, sama ada kepada tauke ataupun pihak asing. Jadi mengapa kali ini beliau bergegas untuk membesar-besarkan isu ini sedangkan ia hanya merupakan khabar angin? Siap beliau muncul di Parlimen untuk membuat gimik media sosial.

Figure 3 – Aset-aset kerajaan yang dijual semasa Syed Saddiq menjadi menteri

Masalahnya begini, mereka yang kononnya berjuang untuk rakyat sebenarnya hanya permainan politik untuk memburukkan nama kerajaan demi kepentingan sendiri sahaja. Tiadanya keikhlasan dalam memperjuangkan hak rakyat. Di manakah Syed Saddiq semasa ayahandanya Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng mengumumkan penjualan saham dan aset pegangan kerajaan kepada pihak luar? Adakah beliau menyuarakan bantahannya semasa perjumpaan Jemaah Menteri? Rasanya tidak! Tiada kenyataan pun mengenai bantahannya dalam perkara penjualan aset kerajaan sebelum ini.

Malaysia Airlines sendiri juga menjadi sasaran untuk dijualkan kepada pihak swasta semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan. Adakah Syed Saddiq menyuarakan bantahannya? Tidak, malah beliau berdiam sahaja apabila berdepan dengan Tun Dr Mahathir.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/480646

Akibatnya pengurangan aset kerajaan, hutang negara naik mendadak sehingga cecah RM120 bilion. Di manakah Syed Saddiq pada masa itu? Adakah beliau bertanya soalan di Parlimen pada masa itu demi rakyat dan golongan belia di negara ini yang bakal memikul hutang ini pada masa hadapan?

Ini merupakan masalah yang besar untuk politik negara kita. Apabila orang yang sepatutnya menjadi harapan masa depan turut terpalit dalam ajaran politik lama, maka perlunya ada wajah yang baru dan jauh lebih berkaliber untuk mengambil alih dan menyelamatkan negara ini.

Syed Saddiq mungkin popular lagi pada masa ini, tetapi kalibernya hanyalah di permukaan. Masanya sebagai ahli politik adalah terhad. Kita tengoklah apa yang terjadi di PRU 15 nanti.

Mohd Rizuan Zakaria

Adakah Syed Saddiq Benar-Benar Memperjuangkan LTSAAS?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rompak syarikat penghantaran, 3 anggota polis ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker