Pas tak akan masuk tong najis, Hadi tolak pelawaan Anwar

Pas tak akan masuk tong najis, Hadi tolak pelawaan Anwar

PAS menolak kemungkinan parti itu akan menyertai kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, kata presidennya, Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki yang secara sinis menyifatkan PAS akan ‘menyucikan’ parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dan pimpinannya sekiranya hal itu menjadi kenyataan.



“Kamu boleh lihat kerajaan Pakatan Harapan (PH), siapa dalam dia… nak suci macam mana?

“Banduan pun ada, bekas perasuah pun ada, kluster mahkamah pun ada… macam mana kami nak ikut?

“Kalau kita nak bersihkan najis, tak boleh masuk dalam tong najis,” kata Abdul Hadi pada sidang media selepas majlis perasmian Muktamar PAS ke-69 di IDCC, Shah Alam, hari ini.

Semalam Asyraf berkata dakwaan bahawa Islam dan Melayu terancam tidak lagi boleh digunakan sekiranya PAS menyertai kerajaan perpaduan.



Asyraf secara sinis berkata, DAP sekali lagi akan “disucikan” dengan fatwa-fatwa baru sebagaimana ketika PAS bersama parti itu dalam menghadapi PRU tahun 1999, 2004 dan 2008 sekiranya parti itu menyertai kerajaan.

“Tiada lagi parti dalam kerajaan perpaduan terutamanya yang mempunyai orang Melayu Islam seperti Umno, Amanah dan PKR yang akan dilabel ‘barua DAP’, ‘penjilat DAP’ atau label-label ‘kafir’, ‘toghut’ dan sebagainya apabila PAS sertai kerajaan perpaduan.

“(Perdana Menteri) Anwar Ibrahim akan kembali dijulang PAS sebagai pemimpin Islam yang suci dan bersih sebagaimana waktu PRU ke-10, ke-11 dan ke-12 dahulu,” kata Asyraf.

Untuk rekod, PAS pernah menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat yang disertai PKR dan DAP selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008.



Bagaimanapun pada 2015, PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP dan muktamar parti itu ke-63 yang berlangsung di Alor Setar sebulat suara meluluskan usul memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Perpecahan dalam Pakatan Rakyat juga mengheret perpecahan dalam PAS yang menyaksikan pembentukan parti Amanah. Mk

Pas tak akan masuk tong najis, Hadi tolak pelawaan Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker