Najib tetap turun ke Tg Piai walau pengiring ditarik balik

hiNajib Razak berkata penarikan balik pengiring trafik bermotosikal tidak mematahkan semangat untuk turun berkempen di Tanjung Piai.

Beliau berkata dia mempunyai kewajipan untuk turun membantu kempen calon Barisan Nasional, Wee Jeck Seng dan menolak “kerajaan yang tidak ada harapan”.

“Pengiring polis saya ditarik balik waktu Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, mungkin nak cegah dan lemahkan semangat saya untuk turun menyokong calon BN di Tanjung Piai.

“Saya nak beritahu kepada mereka, tak ada ‘out rider’, saya tetap turun ke Tanjung Piai,” katanya ketika berucap di satu majlis di Tenggayun hari ini.

Semalam, dilaporkan pihak polis tidak akan lagi memberi perkhidmatan pengiring trafik bermotosikal kepada Najib. Ini menurut surat dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pegawai khas Najib, Mohd Shahrir Mohd Aripin.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias mengesahkan surat itu. Beliau menjelaskan Najib masih boleh memohon penggunaan pengiring trafik bermotosikal untuk urusan rasmi.

Sementara itu, Najib berkata sambutan di Tanjung Piai “sangat luar biasa” hinggakan hampir 4,000 orang datang mahu bersamanya di sebuah pasar raya di Pekan Nanas.

Bekas presiden Umno itu berkata keadaan itu tidak berlaku apabila Tanjung Piai dikunjungi pemimpin Pakatan Harapan.

“Tak berapa ramai orang dan ada tiang besar depan Mohamad Sabu (presiden Amanah) – seperti berucap kepada tiang-tiang.

“Saya pun tak faham saya lebih popular dari dulu,” katanya.

Najib berkata pilihan raya kecil ini peluang rakyat memberi isyarat bahawa Barisan Nasional mahu menawan Putrajaya.

“Saya tak sesiapa sabotaj. Ahli parti mesti disiplin serta wala’. Terima konsep wala’, kita boleh menang. Kalau calon kita dari MCA, yang untung BN. Umno juga untung,” katanya.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker