MP Tebrau minta MP Kuantan tundukkan pandangan

Berikutan MP Kuantan yang mendakwa pakaian jururawat ketat

MP Tebrau minta MP Kuantan tundukkan pandangan

Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah menasihatkan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor agar menundukkan pandangannya sekiranya tidak berpuas hati dengan pakaian seragam jururawat.

Ini selepas Wan Razali membangkitkan isu mengenai pakaian seragam jururawat wanita yang didakwanya sebagai ‘ketat’.



“Jika anda tidak boleh menerimanya, jangan pandang,” katanya yang turut menggesa Razali menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada jururawat di Malaysia.

Puah juga menegaskan negara ini sedang mengalami masalah kekurangan jururawat akibat masalah brain drain, sekali gus menjejaskan kecekapan sistem kesihatan Malaysia.

“Namun jururawat kita kini terpaksa bersabar dengan kenyataan dangkal yang secara tidak langsung akan menjejaskan semangat mereka. Ini tidak akan mendatangkan faedah kepada kita untuk meyakinkan mereka untuk tinggal di Malaysia.

“Pesakit yang dimasukkan ke hospital hanya fikirkan tentang kesihatan mereka, tiada sesiapa yang waras yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebaliknya memerhatikan pakaian jururawat.



“Kita seharusnya menghargai pengorbanan dan usaha yang disumbangkan oleh jururawat dalam menyelamatkan nyawa dan berkhidmat kepada negara dan bukannya mempersoalkan pakaian mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menegur Razali kerana salah meletakkan keutamaan.

“Malaysia baru sahaja bangkit daripada wabak yang membawa maut. Kerajaan perpaduan kini memberi tumpuan untuk mereformasi Kementerian Kesihatan bagi menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan.

“Tetapi apa yang ada dalam fikiran Ahli Parlimen PAS? Pakaian jururawat. Ayuh PAS/PN. Adakah ini yang terbaik yang boleh anda lakukan?”soalnya.



Semalam Razali mempersoalkan etika pemakaian jururawat wanita di klinik dan hospital kerajaan yang didakwanya terlalu ketat dan tidak mematuhi syariah.

Berucap semasa membahaskan usul Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat, Razali berkata ramai jururawat wanita berpakaian menampakkan bentuk badan dan tidak selari dengan tuntutan Islam.

Dia memberi contoh seperti Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di Kelantan dan Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah Kuantan di Pahang yang membenarkan pakaian “lebih sesuai”.

Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor turut menyuarakan sokongan terhadap pandangan Razali semasa perbahasan tersebut. Mk



MP Tebrau minta MP Kuantan tundukkan pandangan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun



Sophia Albarakbah bikin hal lagi?

Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]



Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker