'Kolam Tergantung Lutsinar' Pertama Di Dunia Dibuka Di London [VIDEO] — MYKMU.NET

‘Kolam Tergantung Lutsinar’ Pertama Di Dunia Dibuka Di London [VIDEO]

Sebaran :

‘Kolam Tergantung Lutsinar’ Pertama Di Dunia Dibuka Di London. BERENANG dalam kolam lutsinar yang terletak 115 kaki di udara mungkin satu mimpi buruk bagi kebanyakan daripada kita.

Namun bagi sesetengah yang lain, ia satu perlambangan status yang tinggi.

Sky Pool adalah kolam renang lutsinar seluas 82 kaki (25 meter) menghubungkan dua bangunan tingkat 10 pencakar langit kediaman di kawasan kejiranan Nine Elms di barat daya London.

Istimewanya, ia hanya boleh diakses penduduk bertuah kompleks pangsapuri mewah berkenaan.

Kolam lutsinar ini terletak 115 kaki di udara, bersamaan tingkat 10 bangunan. - AP/Reuters

Kolam lutsinar ini terletak 115 kaki di udara, bersamaan tingkat 10 bangunan. – AP/Reuters

Ia merupakan struktur kolam akrilik bebas yang terbesar di dunia dan antara tarikan pembangunan Embassy Gardens yang merangkumi bar, restoran dan kedai.

Terletak di sebelah Kedutaan Amerika Syarikat berhampiran tebing Sungai Thames, orang ramai dapat menikmati pemandangan London yang menakjubkan, termasuk London Eye dan Westminster.

Kolam berkenaan dihasilkan di Colorado dan menempuh perjalanan sejauh 5,000 batu untuk sampai ke ‘rumah baharu’nya.

Kolam sedalam 10 kaki itu dilaporkan mempunyai berat sekitar 375 tan.

Strukturnya adalah hasil kerjasama firma seni bina, Arup Associates, firma kejuruteraan Eckersley O’Callaghan dan pereka akuarium Reynolds.

Firma berkenaan bukan nama asing dalam penghasilan seni bina yang kompleks, salah satu projeknya yang paling terkenal adalah Sydney Opera House.

“Semasa berenang, anda dapat melihat ke bawah. Anda akan rasa seperti sedang terbang,” kata Brian Eckersley, pengarah Eckersley O’Callaghan.

Difahamkan, kolam itu dibangunkan menggunakan teknologi khas yang membolehkan ia bergerak ketika angin kencang.

Beranikah anda berenang di kolam ini? - AP/Reuters

Beranikah anda berenang di kolam ini? – AP/Reuters

Pengguna media sosial bagaimanapun tidak pasti dengan kolam itu, malah ada yang menyifatkannya sebagai ‘bencana’ dan ‘mimpi buruk’.

“Saya tidak akan berenang dalam kolam kaca itu, tidak mungkin,” tweet seorang pengguna

“Saya suka ketinggian tetapi ada perkara yang tidak berbaloi dilakukan. Saya lebih rela mandi dalam kolam atas tanah,” kata seorang yang lain pula.

Sumber: The Sun

‘Kolam Tergantung Lutsinar’ Pertama Di Dunia Dibuka Di London 

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lain Order Lain Dapat – Terpedaya Tawaran Murah Kolam Renang


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: