Lain Order Lain Dapat – Terpedaya Tawaran Murah Kolam Renang

Lain Order Lain Dapat – Terpedaya Tawaran Murah Kolam Renang

NASIB malang menimpa seorang lelaki yang membeli sebuah kolam renang mudah alih secara dalam talian, apabila dia ditipu pengiklan.

Ia berikutan barang yang diterima sebenarnya adalah spa kaki untuk kanak-kanak.



Mick Daffern tertarik dengan tawaran harga murah £7 (RM41) ketika membuat carian dalam talian.

Bapa dua anak itu bagaimanapun tidak menyedari gambar yang dipaparkan menerusi iklan dirakam terlalu dekat.

Dia hanya mendapati ‘kolam renang’ yang dibelinya tidak muat untuk dirinya berenang sebaik barangan berkenaan dihantar kepadanya.



Menurut laporan The Sun, dia menyangka kolam renang dewasa itu berukuran 8 kaki, sesuai untuk dirinya berenang di masa lapang.

Sebaliknya, Mick menerima spa kaki untuk kanak-kanak berukuran 1 kaki persegi.

Bagaimanapun, anak perempuannya berusia sembilan tahun bertuah kerana dapat menikmati permainan itu-Mirror



Lain Order Lain Dapat – Terpedaya Tawaran Murah Kolam Renang


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET 


[VIDEO] Kolam Paling Dalam Di Dunia Dibuka Di Poland

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker