TMJ dedah punca Safawi merosot


TMJ dedah punca Safawi merosot

Tunku Ismail dedah punca Safawi merosot

Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan latihan berintensiti rendah yang dilakukan skuad kebangsaan menjadi punca pemainnya, Safawi Rasid gagal menunjukkan prestasi terbaiknya.

Justeru, Tunku Ismail mempertahankan Safawi yang dikritik selepas bergelut untuk memberikan persembahan yang terbaik sambil menegaskan betapa skuad Harimau Selatan mengambil tanggungjawab untuk ‘memperbaiki’ Safawi supaya dapat kembali ke prestasi asalnya.

“Lepas pulang daripada Portugal, dia score goals (jaringkan gol). First game (aksi pertama) sumbangsih dah score (jaring gol). Selepas tu dia injured (cedera). Return from injury score (selepas pulih dari kecederaan, jaring gol) lagi.

“Belum 100 peratus recover, coach (pulih, jurulatih) ambik for Harimau Malaya. Low intensity training (latihan intensiti rendah). Sampai sekarang down (sedih).

“Now (sekarang) kami kena repair (perbaiki) dia macam kami kena repair setiap pemain national call up yang training (pemain kebangsaan yang dipanggil latihan pusat) macam pegi holiday (makan angin),” kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail berkata demikian menerusi komen di Instagram ekorharimaumalaya yang menyifatkan persembahan Safawi kurang memberangsangkan pada aksi Liga Juara-Juara bertemu Ratchaburi, semalam.

Malah, laman terbabit turut melabel bahawa ‘nasib kurang baik’ Safawi dari Portugal masih belum hilang dan mencadangkan pemain itu dihantar beraksi bersama JDT II untuk mendapatkan semula keyakinan.

Sebagai rekod, penyerang berusia 24 tahun itu meledak satu gol dalam tiga perlawanan baki kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dia menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk membantu skuad negara menang 1-0 ke atas Thailand dan menamatkan saingan di tangga ketiga Kumpulan G. BH

TMJ dedah punca Safawi merosot


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tak buat apa masa jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker