MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor mendakwa dia terpaksa menggunakan duit sendiri untuk memberi ‘sedekah’ ketika menziarahi kematian dalam kawasannya.

Khlir juga berkata pejabat pusat khidmatnya juga tidak dapat beroperasi kerana tidak mempunyai peruntukan untuk berbuat demikian.

Oleh itu, dia berharap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dapat berlaku adil kepada semua ahli Parlimen pembangkang dengan memberi peruntukan sewajarnya.

“Permintaan terakhir daripada saya…saya mohon YB Tambun berlaku ada kepada semua ahli parlimen pembangkang.

“Peruntukan kena bagi, saya menghadapi masalah, pusat khidmat saya tak boleh operasi sebab saya tak boleh nak sewa, saya tak boleh nak bayar gaji.

“Saya pergi melawat orang mati pun satu hari lima ke tujuh orang, penduduk kawasan saya 300,000 orang, kena bagi sedekah guna duit saya sendiri,” katanya ketika sesi perbahasan pada persidang khas di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu bekas ahli parlimen Datuk Huan Cheng Guan membidas MP Ketereh kerana merungut pakai duit sendiri.

Berikutan adalah kenyataan Datuk Guan di laman sosialnya :

Saya Ahli Parlimen dari tahun 2004 – 2008 . Sudah 15 tahun tak jadi Ahli Parlimen , kini kalau ke kenduri , kahwin , mayat dan program program lain semua pakai duit sendiri pun . Saya pun tak bising , kamu kini Ahli Parlimen dan ambil gaji dan eluan lebih kurang RM 27,000 ribu , kira sudah OK lah . Apa mahu merungut pulak ?

Untuk makluman YB , kami dulu semasa Ahli Parlimen , eluan pun sikit sahaja , kini pencen pun RM 2500.00 sahaja . Tiap tiap minggu kami pun masih ada jemputan dan masih ramai yang minta tolong walaupun dah 15 tahun tak jadi Ahli Parlimen. . Itu pun saya diam diam sahaja . Kini saya pun bukan ada apa apa jawatan Kerajaan walaupun saya level Presiden Parti . Haha

Kalau rasa susah sangat , letak sahaja jawatan Ahli Parlimen dan buat bisnes sendiri .

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker