Dunia kini miliki lautan kelima


Dunia kita kini miliki lautan kelima

LONDON: National Geographic secara rasmi mengumumkan kewujudan laut kelima di dunia.

Sebelum ini, dunia hanya memiliki empat lautan iaitu Lautan Atlantik, Pasifik, Hindi dan Artik.

Lapor CNN, laut baharu yang dikenali sebagai Lautan Selatan merupakan perairan mengelilingi Antartika.



Keputusan mengumumkan lautan baharu itu bertepatan dengan pelancaran ‘Planet Possible’, sebuah inisiatif baharu National Geographic untuk menyalurkan maklumat, memberi inspirasi dan memperkasakan lagi penduduk bumi.

MENAMAKAN LAUTAN BAHARU

Laut kelima merupakan contoh yang jarang bagi pembuat peta untuk mengubah permukaan planet ini.

Ahli geografi National Geographic, Alex Tait berkata, langkah menamakan bahagian konvensional itu dilihat amat penting.



“Pemetaan dunia menggunakan nama tempat dan ciri yang biasa digunakan dalam kalangan individu yang menggambarkan dunia.

“Lautan adalah satu daripada perkara itu, jadi kami ingin memantau bagaimana saintis, pengembara, penulis dan individu menggunakan kawasan tersebut,” katanya.

KEWUJUDAN LAUTAN

Menurut Tait, selama bertahun-tahun, para saintis menggunakan nama Lautan Selatan untuk menggambarkan wilayah fizikal lautan di sekitar Antartika.



Jelasnya, beberapa ciri persekitaran seperti air yang lebih sejuk dan deras di Antartika berbanding Atlantik, Pasifik, Hindi dan Artik menyebabkan perairan di kawasan itu amat berbeza dengan lain dan layak memiliki nama sendiri.

“Meskipun kebanyakan negara dan organisasi di seluruh dunia mengiktiraf Lautan Selatan, bukan semua yang mengetahui lokasi kawasan itu,” katanya.

National Geographic menggunakan 60 darjah latitud selatan untuk memeta sempadan perairan.

KAJIAN

Pakar alam sekitar Perancis, Jean-Louis Etienne memaklumkan sebuah makmal terapung akan dibangunkan untuk mengkaji Lautan Selatan.

Inovasi yang dikenali sebagai Polar Pod itu tidak mempunyai motor namun akan terapung di perairan dengan kelajuan perlahan untuk mengelilingi Antartika dan mengumpulkan data pada 2024.

Projek Pemantauan dan Pemodelan Karbon dan Iklim Lautan Selatan (SOCCOM) yang dikendalikan oleh Universiti Princeton sudah menghantar 200 robot yang boleh terapung di laut.

Kesemua robot itu dilengkapi dengan sensor yang mengkaji tahap kemasinan, oksigen dan klorofil serta data persekitaran lain. AGENSI

Dunia kini miliki lautan kelima


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pencipta antivirus McAfee mati dalam penjara

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker