Gajah tertua di dunia mati pada usia 89 tahun

Seekor gajah tertua di dunia dilaporkan mati di ladang teh India pada usia dianggarkan 89 tahun, semalam.

Penjaga haiwan itu berkata, pengesahan usia sebenar tidak dapat dilakukan, namun gajah itu dipercayai dibawa bekerja di ladang teh oleh seorang petani British semasa pemerintahan kolonial pada tahun 1940-an.

Gajah yang digelar ‘Bijuli Prasad’ itu diambil dari hutan dan bekerja di ladang teh di negeri timur India di daerah Sonitpur di Assam sehingga 2018.



Menurut doktor haiwan, Kushal Konwar Sarma, gajah domestik hidup sehingga 80 tahun, dengan syarat mereka dijaga dengan baik.

“Semua gigi gajah itu tercabut kerana usia dan ia tidak boleh makan, jadi saya menukar diet dan meminta penjaga memberinya makanan rebus seperti nasi dan kacang soya dengan nilai protein tinggi,” katanya yang menjaga gajah itu pada akhir usianya.

Terkenal dengan kekuatannya, Bijuli pernah mencabut kawasan semak teh lama dan membersihkan kawasan hutan dengan mudah serta pernah melawan penyerang yang cuba merampas gadingnya yang panjang, lapor The Times of India.

Bijuli bersara di Ladang Teh Behali di Assam, di mana haiwan itu dilaporkan mati semalam dan diberi penghormatan pengebumian dengan istiadat Hindu yang dijalankan oleh seorang sami sebelum ditanam.



Timbalan pengurus Behali, Ujjal Basnet, memberitahu Times of India bahawa gajah itu menjadi kebanggaan syarikat itu.

“Kami melantik seorang sami untuk melakukan upacara keagamaan bagi gajah ini, yang dianggap antara haiwan suci oleh penganut agama Hindu, selain menugaskan dua ‘mahout’ atau penjaga gajah untuk menjaganya, walaupun sudah lama bersara,” katanya.

Gajah Asia liar biasanya hidup sehingga pertengahan 50-an, walaupun data tepat adalah terhad, menurut Institut Biologi Pemuliharaan Smithsonian yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Gajah tertua yang diketahui mati pada usia 86 tahun dikenali ‘Lin Wang’ yang ditempatkan di Zoo Taipei pada 2003, menurut Rekod Dunia Guinness.



Ia ditugaskan membawa bekalan melalui Burma ketika itu untuk pasukan Jepun dalam Perang Dunia II. – AFP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri



Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker