Surat JPPM kepada Umno akan didedahkan – Zahid

Setiausaha agung Umno akan menerbitkan salinan diperoleh daripada Kementerian Dalam Negeri itu.

Surat JPPM kepada Umno akan didedahkan – Zahid

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan mendedahkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) yang menyatakan Umno tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung usul tiada pertandingan dua jawatan tertinggi.

Zahid berkata, beliau meminta setiausaha agung Umno menerbitkan salinan diperoleh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu, lapor Harian Metro.

“Semalam saya sudah nyatakan (bahawa JPPM menerima usul yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Umno) di Pulau Pinang.

“Saya akan minta Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menerbitkan salinan diperoleh daripada KDN berikutan surat yang dikeluarkan JPPM kepada pihak peguam,” katanya yang dipetik akhbar itu.

JPPM berada di bawah bidang kuasa KDN.

Zahid berkata, pendedahan surat itu kelak diharap dapat memberhentikan segala isu yang timbul berkaitannya dan mengesahkan tiada pemilihan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden Umno.

Tambahnya, pendedahan surat bakal mengukuhkan peranan Perhimpunan Agung Umno (PAU) sebagai badan tertinggi dalam membuat keputusan bagi Umno.

“(Surat) Itu adalah satu tanda noktah bahwa PAU adalah badan tertinggi dalam Umno, kita sudah ikut peraturan dan perlembagaan juga dipatuhi sepenuhnya dalam memberi kelulusan usul kelapan dalam pembentangan yang dibuat.

“Ini akan menjadi tanda penamat (kepada konflik yang berlaku), kita akan tutup buku isu mengenainya selepas ini,” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob meminta Zahid mendedahkan surat daripada JPPM yang menyatakan Umno tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung usul tiada pertandingan dua jawatan tertinggi itu.

Katanya, Zahid perlu menunjukkan surat itu secara terbuka kerana terdapat dua laporan berita berbeza mengenai hasil siasatan JPPM.

Dalam PAU pada Jan lalu, parti itu meluluskan usul tiada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Bagaimanapun, JPPM pada bulan lalu dilaporkan menyiasat kemungkinan berlakunya pelanggaran perlembagaan parti selepas usul itu diluluskan.

Siasatan itu dibuat selepas dua ahli Umno memfailkan aduan kepada JPPM mendakwa tindakan membentangkan usul itu di perhimpunan agung melanggar Artikel 10 perlembagaan parti itu.

Pemilihan Umno akan berlangsung pada 11 Mac ini dengan jawatan kepimpinan dalam Wanita, Pemuda dan Puteri dipertandingkan, manakala jawatan ketua bahagian, naib presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi akan dipilih pada 18 Mac. FMT

Surat JPPM kepada Umno akan didedahkan – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker