Caprice Bengang Dengan ‘Influencer’, Fail Saman

CAPRICE BENGANG DENGAN 'INFLUENCER', FAIL SAMAN

CAPRICE BENGANG DENGAN ‘INFLUENCER’, FAIL SAMAN

“Sekarang kes mahkamah saya dengan dia masih lagi berjalan… saya dah pun failkan saman sebab dia langgar SOP majlis dan jatuhkan reputasi syarikat saya. Manakala dia pun ada hantar surat saman daripada peguamnya mengatakan saya menfitnah dia… kita tunggu sahaja nanti bila kes ini akan dibicarakan,” katanya.

Menerusi laporan sebelum ini, pihak polis membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel yang turut dihadiri beberapa artis.

Gambar yang tular menunjukkan beberapa artis melanggar SOP kerana tiada penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka ketika hadir ke majlis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, tindakan itu diambil selepas mereka didapati melanggar SOP panganjuran majlis sosial Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Bagi saya daripada segi keadilan memang tak sepatutnya (dikompaun) sebab tiada satu pun gambar saya langgar SOP, tapi nak buat macam mana saya sebagai penganjur. Hanya disebabkan seorang personaliti media sosial ini, habis semua artis-artis lain pun kena kompaun.

“Saya sebenarnya tak kisah dengan jumlah RM10,000 yang kena kompaun itu tapi reputasi syarikat dan diri saya dah tercalar. Sebelum ini saya selalu ingatkan orang jaga SOP dan tak fasal-fasal hanya kerana dia ini seorang habis semua kena,” ujar penyanyi rap Caprice.

Caprice bayar kompaun

Bagaimanapun, Caprice reda dan akan membayar kompaun RM10,000 yang dikenakan ke atas syarikatnya, Rindu Raudah Sdn Bhd selepas didapati bersalah gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka di majlis anjurannya pada Ramadan lalu.

Biarpun begitu, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, berkata, dia berasa tidak adil berikutan reputasi syarikatnya tercalar akibat tindakan seorang personaliti media sosial yang mencetuskan masalah sehingga perkara ini menjadi tular.

Selain Caprice selaku penganjur Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 29 April lalu, beberapa selebriti tempatan iaitu Nur Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Iman Troye, Nurin Afiqah Zulkifli, Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob turut dikompaun sebanyak RM1,500 seorang.

Dalam pada itu Caprice berkata, gara-gara insiden berkenaan, hubungan baiknya dengan personaliti media sosial itu keruh dan boleh diibaratkan sudah ‘putus kawan’ dengan wanita tersebut.

“Saya dengan dia memang kawan baik sebelum ini dan untuk majlis itu pun memang saya sendiri jemput dia sebab dia salah seorang sponsor untuk goodie bag. Tapi bila dah jadi viral disebabkan foto-foto yang dimuat naik, bila kita minta dia beri kerjasama tapi dia buat bodoh sahaja. Kalau dia mengaku salah, kami dan artis-artis lain pasti tidak akan kena kompaun macam ini.

CAPRICE BENGANG DENGAN ‘INFLUENCER’, FAIL SAMAN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mike Tyson Bakal Bangunkan Kerajaan Ganja

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker