Bonnie pecah rekod dunia


Bonnie pecah rekod dunia.

Atlet powerlifting kebangsaan, Bonnie Bunyau Gustin semakin membara untuk memburu emas di Paralimpik Tokyo 2020 apabila berjaya memecahkan rekod dunia hari ini.

Aksi cemerlang atlet kelahiran Sarawak itu dipamerkan di Piala Dunia Para Powerlifting Fazza Ke-11 di Dubai dalam kategori senior lelaki berat melebihi 72 kilogram (kg).

Bonnie memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg yang sebelumnya dipegang oleh Roohallah Rostami dari Iran dengan angkatan 229kg semasa di Para Asia Jakarta 2018.



Tempat kedua acara berkenaan diraih pemenang pingat perak Paralimpik Rio, Hu Peng dari China yang melakukan angkatan 214kg, manakala gangsa menjadi milik atlet Nigeria, Ndamdi Innocent (213kg).

Bulan lalu Bonnie turut merangkul emas di Piala Dunia Powerlifting Para di Bangkok, Thailand.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang dilakar Bonnie.

“Tahniah diucapkan kepada atlet Para Powerlifting Negara, Bonnie yang baru sahaja memenangi pingat emas di kejohanan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).



“Satu kejayaan yang amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Semoga dapat mengekalkan momentum, terus konsisten dan bawa semangat ini ke Kejohanan Paralimpik Tokyo 2020 tidak lama lagi. Syabas Bonnie!,” katanya.

Bonnie pecah rekod dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Lelaki belasah kekasih ada zakar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker