Wawa Wahid Enterprise Kena Tangkap Polis
Wawa Wahid Enterprise Kena Tangkap Polis
KUALA LUMPUR – Seorang wanita menggelar dirinya sebagai ‘Wawa’ dari ‘Wahid Enterprise’ dalam satu video yang menjadi tular apabila dia dilihat mengamuk di sebuah sekatan jalan raya (SJR) di Sabah telah ditahan polis.
Wanita berusia 34 tahun itu ditahan polis pada pukul 11.20 pagi ini bagi membantu siasatan berhubung insiden yang berlaku pada 1 Jun lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, wanita itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan permohonan reman dibuat ke atas selama dua hari.
“Proses siasatan sedang dilakukan termasuk merakam percakapan, membuat kawat cam dan dokumentasi terhadap wanita ini. Siasatan sudah 80 peratus siap.
“Kita menjangkakan siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam dan kita akan memohon tahanan reman untuk tempoh dua hari.
“Dalam tempoh itu, kita akan lengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan selanjutnya,” katanya memetik laporan Sinar Harian pada sidang media di IPD Kota Kinabalu di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd. Zaidi menafikan kejadian tersebut berlaku kerana anggotanya melakukan provokasi seperti yang didakwa wanita itu di dalam Facebook.
“Kejadian awal mendapati, wanita itu membuat provokasi kerana marah pada anggota yang mahu mengeluarkan saman terhadap dua kesalahan lalu lintas.
Wawa Wahid Enterprise Kena Tangkap Polis
Baca Artikel Menarik :
- Pas Perak sokong Sidang DUN dibuka segera
- Parlimen perlu bersidang demi rakyat bukan kepentingan politik
- Pentadbiran ‘kayangan’, Masazlina dan timbalan PPBM JB letak jawatan
- Mila Jirin terpaksa jual durian
- Resepi udang rangup salut wantan
- Jangan berkompromi dengan Israel – NGO Islam
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.