Pas sedia hadapi kemungkinan susulan desakan UMNO

Sebaran :

Pas sedia hadapi kemungkinan susulan desakan UMNO. Pas bersedia menghadapi semua kemungkinan susulan tindakan UMNO yang mendesak kerajaan mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dalam keadaan demokrasi semua pihak berhak membuat keputusan termasuk UMNO selaku parti yang berada dalam kerajaan.

Menurut beliau, pihak luar daripada parti UMNO tidak sewajarnya mencampuri urusan dalaman parti berkenaan.

“Tahniah atas ketegasan daripada kenyataan Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) itu yang menjadi pedoman jelas kepada seluruh ahli dan penyokong serta memudahkan sesiapa sahaja di dalam dan di luar parti mengambil pendirian.

“Adalah wajar bagi UMNO mengambil pendirian tegas. Jika ingin menjadi parti dalam kerajaan, bersikap dan bertindaklah sebagai parti kerajaan.

“Jika ingin menjadi parti pembangkang, terpulanglah atas kebijaksanaan parti UMNO,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Pada Isnin, UMNO berpendirian tegas mendesak kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu supaya sidang Parlimen dilaksanakan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan dikeluarkan parti itu pada Isnin.

Ahmad Zahid berkata, kegagalan kerajaan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong dianggap satu penderhakaan dan tidak menghormati Institusi Raja-raja Melayu

Pas sedia hadapi kemungkinan susulan desakan UMNO


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pas Perak sokong Sidang DUN dibuka segera

 


Sebaran :

Leave a Reply