Resepi ayam popcorn rangup


Resepi ayam popcorn rangup.
Dah tidak perlu membeli di kedai, ayam poocorn boleh saja dimasak di rumah dan ianya sangat rangup dan juicy.

Bertih ayam atau popcorn ayam hidangan yang terdiri daripada kepingan kecil ayam yang dipotong kecil dan digoreng celur. Idea ini pada mulanya dikembangkan oleh Kentucky Fried Chicken tetapi sejak itu tersebar.

Biasanya kalau nak menikmati ayam popcorn atau popcorn chicken, perlu membeli yang sejuk beku dipasaraya. Apa kata kali ini anda cuba sendiri buat dirumah. Jom cuba resepi ayam popcorn yang rangup dan mudah ini. Memang puas hati.

Rasanya yang rangup di luar dan ‘juicy’ di dalam memang tak boleh nak berhenti bila memakannya. Anak-anak saya sangat teruja bila dapat makan ayam popcorn ni. Memang menjadi kudapan diaorang la sambil tengok televisyen. Sekejap je dah habis ayam popcorn yang saya goreng tu.

Resepi ayam popcorn
BAHAN

2 dada ayam – dipotong kecil
2 biji telur
20ml susu segar
100gm tepung
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk lada hitam

CARA

1.Pukul telur bersama susu, serbuk cili dan serbuk lada hitam sehingga kembang.

2.Celup ayam di dalam telur dan kemudian sadur ayam dengan tepung.

3.Ulang proses sekali lagi.

4.Goreng sehingga masak dan garing keemasan. Hidang bersama sos pilihan anda.

Tip : Beri perhatian semasa menggoreng, jangan sampai hitam ayam popcorn tu, nanti tak ada yang nak makan. Utv

Resepi ayam popcorn rangup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi puding coklat kukus sedap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker