Penjelasan TM Isu Pakej Broadband Lite


Penjelasan TM Isu Pakej Broadband Lite
Dipersoal Netizen, TM Tampil Beri Penjelasan Isu Pakej Broadband Lite

Tular baru-baru ini apabila TM dilihat mempromosikan Pakej Broadband Lite 1Mbps yang disertakan dengan had kuota serendah 1GB. Penawaran pakej serendah RM38 sebulan ini nampaknya telah membuatkan para netizen berang dengan pakej yang diiklankan.

Bagi menjawab persoalan netizen, pihak Telekom Malaysia (TM) memaklumkan pakej ini sudah mulai diperkenalkan sejak tahun 2015 dan bukannya sesuatu yang baharu.

Difahamkan pakej yang ditawarkan buat pengguna sejak 2015 ini mensasarkan buat pengguna yang jarang menggunakan internet atau dalam erti kata lain pengguna ringan. Walau bagaimanapun, melihat kepada kawasan yang ditawarkan dengan sokongan fiber atau pakej unifi, pelan ini akan ditamatkan secara berperingkat.

Menerusi penjelasan yang dibuat, rata-rata netizen masih belum berpuas hati dan mempersoal mengapa pakej ini masih lagi diteruskan melihat kepada penawarannya yang tidak releven. Berikut antara respon netizen mengenai isu ini.


SUMBER: FACEBOOK AMANZ NETWORK


SUMBER: FACEBOOK AMANZ NETWORK


SUMBER: FACEBOOK AMANZ NETWORK

Pihak TM turut memaklumkan pihak mereka memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. Selain itu, TM dikatakan sedang dalam proses menyemak kembali penawaran dalam memenuhi permintaan pelanggan serta pasaran.

Pada masa yang sama, TM dan unifi turut mengatakan meraka dalam proses menyemak kembali penawaran untuk memenuhi permintaan pelanggan serta pasaran, dan akan mengemaskininya. Vc

Penjelasan TM Isu Pakej Broadband Lite


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TM Hisap Gam Cap Apa? – Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker