Permohonan UPUonline dilanjutkan sehingga 2 Julai

Sebaran :


Permohonan UPUonline dilanjutkan sehingga 2 Julai

KPT lanjut tempoh permohonan, kemas kini UPUOnline sehingga 2 Julai

Menerusi satu kenyataan, KPT memaklumkan ia melibatkan kemasukan pelajar lepasan SPM ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Institusi Latihan Kemahiran Awam bagi sesi akademik 2021/2022. – Gambar fail

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju melanjutkan tarikh tutup permohonan UPUOnline sehingga jam 5 petang, 2 Julai depan.

Menerusi satu kenyataan, KPT memaklumkan ia melibatkan kemasukan pelajar lepasan SPM ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2021/2022.

“Keputusan ini akan membolehkan pelajar mengemas kini permohonan dan memilih program pengajian di UPUOnline.

“KPT juga prihatin dengan kekangan masa yang dihadapi oleh pemohon berikutan terdapat pelajar yang masih belum menerima keputusan semakan semula peperiksaan SPM 2020 oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia,” memetik kenyataan itu, di sini hari ini.

KPT pada masa sama berharap pelanjutan tempoh itu akan dapat memudahkan urusan pemohonan untuk melanjutkan pengajian masing-masing.

Individu yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my.

Sebelum ini, KPT memutuskan tarikh akhir permohonan dan kemas kini pemohon akan tamat hari ini, 21 Jun jam 5 petang. Awani

Permohonan UPUonline dilanjutkan sehingga 2 Julai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sepahtu kini tanpa Shuib


Sebaran :

Leave a Reply