Lelaki jatuh dari tingkat 10 IPD

Lelaki jatuh dari tingkat 10 IPD

Lelaki jatuh dari tingkat 10 IPD ketika selenggara penyaman udara

Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari tingkat 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ketika sedang melakukan penyelenggaraan penyaman udara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, satu bunyi dentuman dari arah luar lobi didengari anggota bertugas di kaunter pertanyaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati seorang individu terbaring di atas lantai di luar lobi IPD Dang Wangi dengan mengalami kecederaan pada tubuh badannya.

“Lelaki terbabit terjatuh ketika melakukan penyelenggaraan penyaman udara di tingkat 10 bangunan IPD Dang Wangi,” katanya semalam menurut laporan Harian Metro.

Zainal berkata, pihak polis kemudian menghubungi ambulans untuk menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.

Tambah beliau, orang ramai diminta supaya tidak menularkan sebarang gambar atau video berkaitan kejadian berkenaan yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

Menurut polis, mangsa yang ditemui terbaring di atas lantai di luar lobi IPD Dang Wangi itu mengalami kecederaan pada tubuh badannya. FMT

Lelaki jatuh dari tingkat 10 IPD


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Cari capaian internet, pelajar akhirnya di ICU

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker