Polis serbu ‘pasar raya pelacur’ di Pudu
Polis serbu ‘pasar raya pelacur’ di Pudu
Seramai 12 wanita warga asing disyaki pelacur dan tujuh lelaki terbabit dalam mencari pelanggan khidmat seks untuk wanita berkenaan ditahan polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Pasar Pudu, petang semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Nasri Mansor, berkata ketika serbuan 6 petang itu, pihaknya terpaksa memecah masuk empat unit kediaman selepas wanita asing terbabit menyedari kehadiran polis.
Serbuan dilakukan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, hasil maklumat berhubung aktiviti penawaran khidmat seks di lobi pangsapuri itu oleh beberapa lelaki atau “ulat” kepada aktiviti pelacuran di kawasan berkenaan.
Nasri berkata, ketika serbuan terdapat beberapa wanita yang dipercayai terlibat dengan pelacuran keluar dan bersembunyi di luar tingkat kediaman bagi mengelak ditahan, selain ada yang bersembunyi atas tangki air dan ruang bawah tilam bersaiz besar.
Menurut laporan Berita Harian, pelanggan perlu mendaftar bagi memilih wanita asing yang ingin dilanggan mereka di lobi pangsapuri itu.
Kemudian, pelanggan akan memilih wanita yang diinginkan mereka berdasarkan harga ditawarkan “ulat” sebelum dibawa bertemu dengan wanita yang bersesuaian di unit kediaman di tingkat enam.
Dalam serbuan itu, polis turut menahan tiga lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing yang dipercayai pelanggan serta merampas 30 keping kondom.
Difahamkan, lokasi tersebut sering diserbu polis namun wanita warga asing dan penjaga mereka menggunakan pelbagai helah untuk menawarkan perkhidmatan seks termasuk memberi alasan mereka tinggal di pangsapuri berkenaan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan, Seksyen 373 kanun sama, Akta Imigresen dan Peraturan 17 (1), Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat-Tempat Jangkitan). FMT
Lokasi tersebut sering diserbu polis namun wanita warga asing dan penjaga mereka menggunakan pelbagai helah untuk menawarkan perkhidmatan seks termasuk memberi alasan mereka tinggal di pangsapuri berkenaan.
Polis serbu ‘pasar raya pelacur’ di Pudu
Baca Artikel Menarik :
- Penggunaan ICU melebihi kapasiti satu kejayaan?
- Resepi Gulai Lemak Telur Merecik
- Amy Search ambil vaksin sambil belanja Fantasia Bulan Madu [VIDEO]
- Artis mengaku pada polis beli ganja online
- Parlimen perlu bersidang secepat mungkin – Agong
- Gangguan seksual oleh Pensyarah, UiTM buat laporan polis
Layari Laman Facebook MYKMU
Pelacur sembunyi bawah tilam elak dicekup