Hukum guna ‘ringtone’ al-Quran

Hukum guna ‘ringtone’ al-Quran

Dua dekad yang lalu, nada dering yang diguna hanyalah bernada kring! kring! atau muzik sesebuah lagu tanpa adanya lirik. Tetapi kini sesuai dengan perkembangan masa, perubahan demi perubahan telah berlaku.

Sememangnya kecanggihan teknologi telah menjadikan masyarakat berfikiran kreatif mengikut citarasa dan imaginasi tersendiri. Akan tetapi yang dikesalkan apabila daya kreativiti ini disalahguna hingga sedikit sebanyak memberi kefahaman yang salah, dan mendatangkan penghinaan.



Apa yang dimaksudkan di sini ialah menggunakan alunan zikrullah atau ayat al-Quran sebagai nada dering. Sekali pandang mungkin tiada salahnya. Apatah lagi bukankah mengingati Allah itu satu daripada kewajipan yang dituntut.

Bahkan ia juga secara tidak langsung memberi mesej bahawa, kita mengagungkan syiar Islam, sebagaimana orang-orang Kristian menggunakan tanda salib sebagai salah satu syiar agama mereka dalam aksesori yang diperagakan.

Senarionya kini telefon bimbit dibawa ke mana sahaja sekalipun ke dalam tandas, atau tempat-tempat maksiat. Bagaimana jika di tempat tersebut, tiba-tiba kedengaran ayat al-Quran berkumandang, atau ketika ayat itu dibaca terus dihentikan tanpa dihabiskan.

Bukankah ini menjadikan bacaan tersebut tergantung dari sudut bacaan dan makna? Menjadi persoalan di sini, boleh atau tidak ayat-ayat al-Quran dijadikan nada dering telefon apabila melibatkan situasi di atas?



Majlis Fatwa Ulama Saudi di dalam mesyuarat yang dihadiri oleh 70 orang perwakilan fiqh dunia pada 2007, dan dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Ali al-Syeikh telah bersidang berkaitan penggunaan nada dering ayat al-Quran.

Hasil dari persidangan tersebut menyatakan,

“Haram hukumnya kerana ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut.

Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan di dalam telefon bertujuan untuk didengari ia merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”



Akademi Penyelidikan Islam yang diketuai oleh Sheikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi r.h. turut mengharamkan penggunaan ayat al-Quran sebagai nada dering dengan katanya,

“Ia merupakan penyalahgunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keagungan dan kemuliaanya”

Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.

Keputusan dibuat atas dasar ayat-ayat yang digunakan tidak sesuai dengan keagungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis atau putus. Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.



Bagi Sheikh Dr. Mahmoud Ashour pula

“Ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai nada dering atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keagungan, dan status al-Quran itu sendiri”.

Menurut beliau lagi, yang merupakan ahli Jawatankuasa Akademi tersebut

“Orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan memberi amaran apabila terjadinya perhubungan (connection). Ia tidak sesuai langsung al-Quran menganti tempat nada dering atau deringan muzik”.



Selain itu Darul Ulum Deoband India juga telah mengharamkan al-Quran sebagai nada dering. Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa,

“Ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur. Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.

Al-Quran hendaklah diletakkan kedudukan yang tertinggi dan bersifat agung sesuai dengan kemuliannya. Ia juga tidak sesuai langsung untuk dijadikan nada dering kerana menjadi kebiasaan bacaan tersebut diabaikan sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang mendengar itu diam dan mendengarnya dengan khusyuk.

Adakalanya nada dering tersebut berbunyi pada tempat-tempat yang kotor dan tidak sesuai seperti dalam tandas. Sedangkan haram hukumnya bacaan al-Quran di tempat seperti itu kerana ia menjatuhkan kemuliaan al-Quran sebagai kalamullah.



Selain bacaan al-Quran, turut menjadi pengharaman apabila seruan azan dan bacaan zikrullah turut diguna pakai sebagai nada dering telefon atas sebab yang sama. Wallahu a’lam Utv

Hukum guna ‘ringtone’ al-Quran

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker