Wawancara Oprah: Keluarga Diraja Britain zahir rasa sedih — MYKMU.NET

Wawancara Oprah: Keluarga Diraja Britain zahir rasa sedih

Sebaran :

ISTANA Buckingham mengeluarkan kenyataan bagi pihak Ratu Elizabeth II susulan temu bual Putera Harry dan Meghan bersama Oprah Winfrey.

Kenyataan tersebut menyebut bahawa keluarga diraja itu menzahirkan rasa sedih dengan situasi dihadapi Putera Harry dan Meghan.

“Seluruh keluarga menzahirkan rasa sedih setelah mengetahui secara terperinci cabaran yang dialami Putera Harry dan Meghan dalam beberapa tahun lalu.

“Keluarga diraja memandang serius isu yang dibangkitkan Putera Harry dan Meghan dan ia akan ditangani secara tertutup dalam keluarga diraja,” katanya.

Kenyataan dikeluarkan 24 jam selepas temu buat eksklusif itu disiarkan di UK.

Kenyataan dikeluarkan 24 jam selepas temu buat eksklusif itu disiarkan di UK.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Putera Harry, Meghan dan Archie ialah anggota keluarga yang tetap disayangi.



Kenyataan dikeluarkan kurang 24 jam selepas temu bual itu disiarkan di United Kingdom dan disiarkan buat pertama kalinya di Amerika Syarikat pada Ahad.

Dalam temu bual yang disiarkan menerusi saluran CBS itu, Meghan mendedahkan beliau pernah berniat membunuh diri ekoran tidak sanggup lagi berdepan diskriminasi dan sifat perkauman terlampau dalam sistem monarki keluarga diraja Britain.

Beliau turut memberitahu, hak anak lelakinya, Archie sebagai putera bagi kerabat diraja itu turut dinafikan kerana dikandung oleh seorang wanita yang mempunyai darah campuran keluarga kulit hitam.

Sementara itu, Putera Harry bercakap mengenai kekecewaannya terhadap bapanya Putera Charles.



Temu ramah eksklusif itu catat jumlah penonton tertinggi sejak siaran Anugerah Oscar pada Februari 2020.

Temuramah itu juga secara tidak langsung mengheret keluarga diraja dalam krisis terbesar sejak insiden kematian Puteri Diana pada tahun 1997.


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: