Ronaldo nombor satu, potong The Rock

Sebaran :

Ronaldo nombor satu, potong The Rock

Ronaldo nombor satu, potong The Rock

Ronaldo muncul individu pertama miliki 300 juta pengikut IG

Bintang sensasi bola sepak, Cristiano Ronaldo terus mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama yang mempunyai 300 juta pengikut di laman media sosial, Instagram (IG).

Pemain Portugal dan Juventus itu turut menjadi individu pertama sebelum ini yang mempunyai 200 juta pengikut di platfrom yang sama.

Baru-baru ini, Ronaldo mencetuskan kontroversi apabila mengalihkan botol minuman Coca-Cola ketika sidang media Euro 2020.

Dia juga berjaya meledak dua gol ketika membantu Portugal melakar kemenangan 3-0 ke atas Hungary pada aksi pembukaan, Rabu lalu.

Selain merekodkan pencapaian dengan pengikut seramai 300 juta di Instagram, Ronaldo turut mencipta sejarah apabila muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman pada kejohanan Eropah itu menerusi dua jaringannya ketika bertemu Hungary.

L
Bintang Hollywood, Dwayne ‘The Rock’ Johnson berada di tempat kedua di belakang Ronaldo dengan pengikut seramai 246 juta di instagram.

Pada 2019, Ronaldo dilaporkan menerima bayaran sebanyak AS$47.8 juta (RM198 juta) menerusi hantarannya di Instagram. Jumlah bayaran itu membuatkan dia menjadi individu yang paling tinggi menerima bayaran daripada platform perkongsian gambar berkenaan. MG

Cristiano Ronaldo menjadi pemain bola sepak pertama di dunia berjaya menjadi billionaire.

Menurut majalah Forbes, pemain berusia 35 tahun itu mencatatkan pendapatan $105 juta (RM448 juta) sebelum cukai tahun lalu sekali gus menjadikan nilai keseluruhan kekayaan Ronaldo mencecah $1 billion (RM4.26 bilion).

Ronaldo nombor satu, potong The Rock


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bell kasihankan Mubarak Majid kena scam


Sebaran :

Leave a Reply