Hadi pesan jangan dikencing PH untuk kali kedua

Anak Hadi seru semua pihak doakan bapanya, buat solat hajat

Hadi pesan jangan dikencing PH untuk kali kedua. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dan ditipu oleh Pakatan Harapan (PH) buat kali kedua.

Beliau berkata, hanya beberapa hari PH berkuasa, parti itu sudah menyerlahkan sikap melampau terhadap Islam dan kepimpinannya, sedangkan ia adalah perkara yang wajib dipertahankan.

Katanya, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah memberikan kemenangan kepada PH kerana ramai yang tertarik dengan janji diucapkan serta ditulis parti berkenaan.

Ini termasuklah janji yang mustahil dilaksanakan dalam masa singkat, bahkan kononnya boleh ditunaikan untuk tempoh sehari semalam, kata Abdul Hadi.

“Adapun yang tersurat dalam manifesto, masih boleh dibaca semula. Apabila tindakan mereka ketika menjadi kerajaan dipersoalkan, semuanya dituding kepada kerajaan terdahulu.

“Apa yang dibisingkan oleh mereka ialah perebutan jawatan Perdana Menteri yang menunjukkan perangai bernafsu rakus, sifat yang diharamkan oleh Rasulullah SAW,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Malah apa yang lebih membahayakan kata Abdul Hadi, apabila terdapat dalam kalangan pimpinan PH yang sedia bersekongkol dengan sesiapa sahaja, termasuk musuh agama dan negara serta golongan yang nyata bersikap ekstrem terhadap Islam, umat dan institusi diraja.

“Kita menerima kewujudan masyarakat majmuk yang menyedari kedudukan mereka sebenar, bahkan boleh bekerjasama dengan baik berkonsepkan adil terhadap semua dan diberikan hak beragama tanpa sebarang paksaan.

“Apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah konsep yang boleh menghadapi perubahan secara positif, bahkan sudah berlaku beberapa perubahan pada hari ini,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan generasi muda yang tidak menyaksikan peristiwa lalu supaya jangan terpengaruh dengan media tanpa sempadan yang akhirnya membawa kepada penyesalan.

“Cukuplah perkara besar ini menjadi pengajaran. Jangan ditipu untuk kali kedua laksana disengat daripada lubang yang sama, dan haram bersama dengan musuh agama dan umat, sama ada yang nyata mahupun tersembunyi,” katanya.

Hadi pesan jangan dikencing PH untuk kali kedua


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Agong ada kuasa panggil ahli Parlimen bersidang bila-bila masa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker