Tekanan buat BN pecah kebuntuan lantik PM

Tekanan buat BN pecah kebuntuan lantik PM

Tekanan terhadap Barisan Nasional (BN) bagi memecahkan kebuntuan antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) makin memuncak, kata sumber terdekat.

Istana Negara sudah memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong menitahkan kesemua 30 Ahli Parlimen BN menghadap, hari ini.

Ia susulan kegagalan Pengerusi PH Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN mencapai kesepakatan membentuk kerajaan bersama selepas sesi menghadap semalam.

Semalam, Agong meminta PN dan PH bekerjasama menubuhkan kerajaan, namun PN menolak.

Tiada satu pun antara kedua parti itu mempunyai bilangan mencukupi bagi membentuk kerajaan.

“Itulah sebabnya mengapa Ahli Parlimen BN dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong esok,” kata sumber yang enggan dinamakan.

“Jadi, tekanan berbalik kepada BN. Pagi ini gabungan itu mahu kekal sebagai pembangkang, namun sekiranya mereka tidak memecahkan kebuntuan dan kerajaan tidak dapat ditubuhkan, rakyat akan menyalahkan mereka.”

Sumber berkata, rakyat dan pasaran kini berada dalam situasi ketidaktentuan berhubung kegagalan parti politik bekerjasama demi membentuk kerajaan.

“Ahli Parlimen BN kembali kepada asal dan berbincang pilihan yang ada. Tetapi, timbul kebimbangan serius mengenai kesan bekerjasama dengan PN.”

Sumber berkata, PN bukannya gabungan berbilang kaum seperti PH dan bekerjasama dengan PAS akan menjejaskan imej dan kredibilitinya sebagai parti berbilang kaum, gabungan yang sederhana.

Sumber itu berkata, pelabur akan lebih selesa dengan kerajaan gabungan sederhana.

“Ada juga kebimbangan bahawa Umno akan ‘ditelan’ Bersatu dan PAS sekiranya parti itu membantu PN membentuk kerajaan.

“Ramai orang lupa Bersatu ditubuh untuk memusnahkan Umno. Jadi, jika Umno membantu Bersatu menubuhkan kerajaan, Umno hanya menunggu masa untuk dimusnahkan.”

Ahli Parlimen BN dijadual bertemu Agong, pada 10.30 pagi ini. FMT

Tekanan buat BN pecah kebuntuan lantik PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker