Artis mengaku pada polis beli ganja online
Artis mengaku pada polis beli ganja online
JAKARTA: Artis terkenal Indonesia, Anji yang baru-baru ini ditahan polis kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah dilaporkan membeli ganja secara online.
Dalam kenyataan yang dirakamkan, Anji mengejutkan pihak polis dengan mendakwa, ganja yang dirampas daripadanya itu dibeli daripada pembekal yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, untuk mendapatkan bekalan ganja, seseorang itu, dakwa Anji, perlu mendaftar dan membuka akaun khas sebelum dapat membuat pesanan.
Dalam kenyataannya, Anji mendakwa, dia tidak memiliki akaun berkenaan, sebaliknya, menggunakan akaun pihak ketiga yang hanya dikenali sebagai BRO.
Menurut Ketua Polis Jakarta Barat, Ady Wibowo, Anji mendakwa, BRO menjadi orang tengah bagi mendapatkan bekalan ganja itu.
“BRO memiliki akaun khas itu dan Anji hanya perlu memilih jenis dadah yang diingini sebelum BRO membuat pesanan dan menyerahkan kepada Anji,” kata Ady seperti dilapor portal berita tempatan.
Sehubungan itu, Ady menegaskan, polis sedang menjejaki BRO bagi membantu siasatan berkaitan pemilik laman web yang melakukan urus niaga dadah.
Anji atau nama sebenarnya, Erdian Aji Prihartanto, 42, ditahan polis pada 11 Jun lalu di sebuah studio rakaman di kawasan Cibubur, Jakarta Timur.
Ketika ditahan, bekas vokalis kumpulan Drive itu keseorangan selain sejumlah dadah jenis ganja turut dirampas polis.
Aji juga didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing yang dibuat oleh polis ke atasnya.
Dalam pengakuannya, penanyi itu berkata, dia mula terlibat dalam dadah sejak sembilan bulan lalu.
Jika disabit kesalahan, Anji boleh dihukum penjara maksimum 12 tahun.
Artis mengaku pada polis beli ganja online
Baca Artikel Menarik :
- Hormat Agong, usaha segera buka persidangan – kata Rais
- Sebutan semula kes Neelofa dan PU Riz ditangguh
- Resepi sup kambing berempah sedah sungguh
- Pensyarah UiTM didakwa buat gangguan seksual
- Ebit Lew Lepas Rindu – Sambut Hari Lahir Isteri [VIDEO]
- Persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.