WHO sarankan vaksin dari dos yang sama


WHO sarankan vaksin dari dos yang sama

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata buat masa ini badan itu hanya mengesyorkan penggunaan vaksin dari jenis yang sama bagi kedua-dua dos suntikan, tetapi ia tertakluk kepada perubahan kerana kajian lanjut mengenainya sedang dijalankan.

Perkara itu susulan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata kerajaan sedang melihat kemungkinan menggunakan vaksin AstraZeneca bagi dos pertama dan Pfizer bagi dos kedua susulan kajian dijalankan di Eropah yang mendapati gabungan itu mungkin memberikan imuniti yang lebih baik terhadap penerima.

“Vaksin Covid-19 dengan ‘WHO Emergency Use Listing (EUL)’ hanya telah dinilai sebagai produk tunggal,” kata Dr Jacqueline Lo, wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura.

Kedua-dua produk vaksin Pfizer dan AstraZeneca sudah diluluskan melalui proses semakan ini.

Sinovac antara vaksin lain yang diperoleh Malaysia telah mendapat kebenaran yang sama WHO sementara suntikan dari CanSino dan Sputnik V Rusia sedang disemak oleh badan dunia itu.

“Dengan maklumat terhad yang ada, adalah disarankan untuk menggunakan produk sama untuk dos kedua. Kami akan memberikan lebih banyak panduan apabila lebih banyak data tersedia ”

Bagaimanapun, Lo berkata, WHO menggalakkan dan mengalu-alukan kajian lanjutan untuk menggabungkan produk yang berbeza.

“Memiliki pilihan untuk ‘campur dan gabung’ (vaksin) akan meningkatkan fleksibiliti dalam logistik dan penjadualan vaksin Covid-19”

Katanya, ujian percubaan yang sedang berlangsung dikendalikan oleh Universiti Oxford sudah pun mula menyelidiki gabungan vaksin AstraZeneca dan Pfizer, kini dikembangkan lagi dengan memasukkan vaksin dari Moderna dan Novavax.

Projek serupa telah dilakukan di Jerman dan Sepanyol, yang mencadangkan penggunaan vaksin AstraZeneca sebagai dos pertama dan Pfizer sebagai dos kedua untuk menghasilkan tindak balas imun yang lebih kuat. FMT

WHO sarankan vaksin dari dos yang sama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Rahsia Minum Air Selepas Bangun Pagi

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker